SABERY CHEEK
Maaf
Tan Sri, jangan gopoh sangat. Cerita jangan tak habis.
https://www.astroawani.com/.../pelupusan-hutang-peneroka...
Betul, tahun 2021 diumum hutang peneroka kepada
Felda dilupus. Tapi Felda pulak berhutang melalui sukuk untuk ambik alih FGV,
bayar hutang KWSP dan May Bank. Banyak tu lebih RM 9 Bilion.
Macamana Felda nak bayar hutang?
Dulu Tan Sri semasa jadi PM kata kerajaan akan
bayar RM 1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya dah mula bayar tahun
2022. Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh2.
Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada
hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu.
PMX, Kerajaan Perpaduan baru2 ini putuskan
penyelesaian. Buat Perjanjian dengan Felda untuk selesaikan sukuk. Kerajaan
Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan
hutang itu.
Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi
peneroka.