Tiada persefahaman politik PH - gabungan parti utama di Semenanjung

 

Tuduhan kononnya terdapat kerjasama secara belakang tabir antara Pakatan Harapan (PH) dan Umno dinafikan sekeras kerasnya.



Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, tiada sebarang persefahaman atau kerjasama antara PH dengan parti parti seperti Umno BN atau PN, biar pun pihak Gabungan Tanah Air (GTA) menuduh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyerang Tun Mahathir berbanding Ahmad Zahid Hamidi.



"Tiada apa-apa. Saya fikir ia adalah satu percubaan murahan (mengelirukan rakyat) menjelang pilihan raya ini, untuk GTA cuba mencipta persepsi bahawa KEADILAN cuba bekerjasama dengan Zahid.



"Penyokong KEADILAN serta PH dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara ini dan berdiam diri.



"Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan Umno," katanya daam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.



Sebaliknya, Rafizi yang percaya PH akan mendapat sekitar 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 boleh berunding membentuk kerajaan dengan parti parti di Sabah dan Sarawak yang lebih relevan serta tidak rasis dalam perjuangan politik mereka.



"PH sebagai blok terbesar mempunyai hak untuk membentuk kerajaan gabungan dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.



"Pilihan seterusnya adalah untuk gabungan Sabah dan Sarawak, sama ada GRS (Gabungan Rakyat Sabah) atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk mereka dalam membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan.



"Saya fikir, apabila tiba masanya, Sabah dan Sarawak akan membuat pilihan yang bernas.



"Sebab itu saya tidak berminat untuk bercakap tentang GTA, BN atau PN (Perikatan Nasional)," katanya lagi

 

No comments: