KAH..KAH...WOIII PEJA...HANG BUAT APA MASA JADI MB PERAK...SULTAN PUN NAIK PENIN DENGAN HANG....SAMPAI KENA BUANG. BANTU APA ????

 

Peja yakin prestasi sebagai MB Perak bantu di Tambun





Ahmad Faizal Azumu berharap rekod perkhidmatannya sebagai menteri besar Perak akan meyakinkan pengundi memilihnya di kerusi Parlimen pada 19 Nov ini.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kejatuhannya sebagai menteri besar Perak tidak akan memberi kesan terhadap peluangnya dipilih semula bagi kerusi Parlimen Tambun.

Faizal berkata, beliau percaya rekod prestasinya sebagai menteri besar antara 2018 dan 2020 akan membantunya menang apabila pengundi mengundi pada 19 Nov ini.

“Banyak perkara baik telah kami lakukan di Perak dengan meningkatkan hasil (negeri). Kita (juga) memberi bonus sebulan kepada semua penjawat awam,” katanya ketika ditanya sama ada kejatuhannya daripada kuasa akan menjejaskan kredibiliti serta peluangnya pada PRU15.

Faizal digulingkan sebagai menteri besar Pakatan Harapan (PH) selepas hilang undi percaya di DUN Perak.

Walaupun tidak dapat berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal penuh, Faizal berkata banyak pelaburan dan projek diperkenalkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Perak dikatakan mencatatkan hasil RM1.09 bilion pada 2019, melebihi sasaran RM1.03 bilion.

Malah ketika pandemik juga, Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata ekonomi Perak diuruskan dengan baik kerana masih ada dana tambahan untuk negeri itu.

Faizal “mengambil kredit” atas belanjawan dibentangkan penggantinya Saarani Mohamad, sambil berkata belanjawan dibentangkan pada 2020 oleh wakil Umno itu tidak banyak beza dengan apa dibentangkannya. “Beliau tidak ubah apa-apa. Jadi itu belanjawan saya,” katanya.

Saarani berkata, masa tidak cukup untuk menyusun belanjawan baharu dan tidak ada perubahan perlu dilakukan memandangkan ia sudah dibincangkan oleh kerajaan negeri bawah pimpinan Faizal.

Faizal yang juga ADUN Chenderiang mungkin hanya bertanding di kerusi Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau lebih suka fokus mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

No comments: