JANGAN PERCAYA CERITA RAJA PETRA DAN KENYATAAN JEBAT DERHAKA

 

Sekarang ni tersebar di WhatsApp yang kononnya PH akan bekerjasama dengan BN selepas PRU15. Khabarnya cerita ini dari RPK si pelarian tu lantas disebarkan oleh GTA/Pejuang macam yang aku tulis semalam.

Cerita ini wujud kerana tiada lain cara dapat dibuat oleh mereka bagi menghalang kemaraan DS Anwar ke Putrajaya. Sekarang semua musuh tahu impak yang dibawa DS Anwar dan PH pasti akan gegarkan gabungan mereka.

Nak kaitkan salah laku DS Anwar, tak ada apa yang boleh diungkitkan. Nak rendahkan kredibiliti DS Anwar, satu dunia iktiraf ketokohan beliau. Nak kata DS Anwar tak layak, mereka tak mampu tanding tawaran DS Anwar.

Akhirnya itu sajalah jalannya. Dan aku yakin ini dilakukan oleh GTA atau PN. Tak mungkin BN. Kerana umum tahu sentimen 'No Anwar No DAP dalam BN. Dan jika berita ini ditelan bulat-bulat oleh rakyat, yang untungnya nanti adalah dua gabungan pembelot ini.

Aku syak mungkin inilah yang dibincangkan antara GTA dan PN sebelum ini. Mereka tak bentuk kerja sama tapi mereka berpakat untuk sebarkan cerita palsu ini bersama. Kerana tiada jalan lain untuk selamatkan parti mereka yang bakal pupus.

Lagipun kita tak asing lagi dengan kepakaran si tua buat fitnah. Tahun 1998 dulu lagi dia dah gunakan fitnah untuk hancurkan karier politik DS Anwar. Tapi yang terjadi, di situlah bermulanya kehancuran legasinya.

Tapi adakah kerjasama itu akan terbentuk? Aku berani kata 95% takkan berlaku. Kenapa?

Kerana sentimen parti masing-masing. Dalam UMNO, kebencian terhadap DS Anwar dan DAP memang sangat mendalam. Walaupun kadangkala mereka pun tak tahu kenapa mereka perlu benci keduanya ini.

Manakala dalam PH sendiri, sentimen kebencian terhadap UMNO juga sangat tinggi. DAP dah pasti takkan terima langsung. Jika ini berlaku, maka ia akan jadi sebuah pengakhiran tragis buat DAP.

Bahkan Rafizi yang kini orang nombor 2 Keadilan pun takkan sanggup biarkan ianya berlaku. Begitu juga para penyokong. Ia mungkin akan jadikan parti itu berpecah lagi. Tak mungkin pimpinan Keadilan sanggup pisang berbuah dua kali.

Tapi aku tak kata 100% takkan berlaku. Kenapa ada 5% tu?

Sebab akhirnya akan bergantung kepada keputusan PRU15 juga. Jika selepas PRU, tiada pihak yang dapat bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, maka kerjasama itu bukan lagi opsyen tapi satu keperluan.

Namun jika itu yang terjadi, aku yakin PH akan letak syarat untuk ketepikan pemimpin korup seperti yang terjadi sebelum ini. Mungkin akan dapatkan sokongan dari kalangan individu, bukan parti secara keseluruhan.

Itupun aku rasa pemimpin BN (Top 5) pun tak akan setuju. Kemungkinan besar mereka akan bentuk kerjasama dengan PN atau GTA dari korbankan diri untuk menyokong PH yang begitu teruja untuk menghukum pemimpin korup. Itu lebih mudah dan selamat untuk mereka.

Jadi rakyat kena beri PH kemenangan mutlak agar tiada sebarang kerjasama perlu dibuat dengan mana-mana pihak dan kerja menghukum perasuah dan penyeleweng ini mudah diselesaikan.

Jangan remehkan fitnah ini. Cerita palsu pun kalau diulang berkali-kali, orang akan jadi percaya. Lebih lagi pengundi atas pagar dan pengundi pertama kali. Penjelasan perlu diberikan seluas-luasnya agar rakyat tidak terkeliru. Guane boh?

Raja Gelap