BLESSING IN DISGUISE
PRU15 ni unik, kerana ia PRU kali pertama yang UNDI18 akan
dilaksanakan. Juga ia lain daripada PRU sebelum ini, kerana ada pertambahan
lebih 6 juta pengundi baru dalam daftar pemilih.
Mana2 penganalisa politik pun kata susah nak jangka
kecendurangan anak muda masa PRU nanti. Semua buat jangkaan sahaja.
Hujung minggu lepas saya terima Laporan sentimen anak muda dari
Universiti Malaya. Saya teruja.
Bukan kerana apa. Kerana dapatan menunjukkan majoriti yang
dikaji selidik katakan yang mereka akan tengok kualiti calon dulu sebelum
tengok parti
Menunjukkan ada blessing in disguise apa yang terjadi selepas
Langkah Sheraton. Pengundi muda kita mula nampak true colours parti politik. In
sya Allah demokrasi Malaysia akan lebih baik dan matang dalam 5-10 tahun akan
datang ini.
Lagi satu dapatan yang menarik. Pilihan anak muda sebagai Perdana
Menteri. Mereka pilih Syed Saddiq no 1, Anwar Ibrahim nombor 2. Calon PM dari
UMNO tercorot pula.
Pada saya mungkin ini sample yang diambil di UM. Kalau UUM
Sintok, mana tahu Hadi Awang pilihan mereka. Who knows?
Apa yang saya nak sampaikan, tak semua kajian itu tepat. We
should read it with a pinch of salt.
But good to know. Perkara basic yang ada dalam kepala anak muda
kita. Apa pun kita nanti 19 November ini. Adakah anak muda akan jadi Kingmaker
politik negara?
Salam hormat,
Liyana Marzuki