Rakyat perlu mengundi, tidak mengundi boleh menjadi dosa - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata,
rakyat perlu melantik pemimpin untuk mewakili mereka seterusnya membentuk
kerajaan yang baik untuk mentadbir negara. - Gambar fail
KUALA
LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi
Awang menasihatkan semua rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) kerana ia adalah kewajipan, malah hukumnya boleh menjadi berdosa.
Jelasnya,
kengganan mengundi boleh menjadi dosa dalam konteks berdiam diri dalam perkara
yang benar atau perkara yang salah.
Ujarnya, rakyat perlu
melantik pemimpin untuk mewakili mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baik
untuk mentadbir Negara.