LEBIH KURANG SAJA...PAK LEBAI HINA DIKALANGAN UMAT ISLAM SEBAB SUKA KAFIRKAN SESAMA ISLAM.....DAPAT JADI KERAJAAN TAK TAHU BUAT KERJA SELAIN SEMBANG...MENGHINA PH DENGAN BERBAGAI TUDUHAN JAHAT DAN AKHIRNYA TERBUKTI BANYAK KENA SAMAN...ZAMAN DULU ORANG GELAR PAK LEBAI PASAI CAM GINI LAH,,,]NAK TUNJUK CONTOH NEGERI PAS TADBIR MENGALAHKAN NEGERI LAIN TAK ADA CONTOH BOLEH DIBAWA KECUALI MELINGKUP.

 

Digelar ‘penyamun’ lebih hina daripada ‘pak lebai’, kata PAS




Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata, partinya dianggap ‘parti pak lebai’ dan ‘parti kampung’ sejak dahulu lagi.

PETALING JAYA: PAS tidak tersinggung digelar “parti pak lebai” kerana merasakan ia bukan gelaran yang hina.

Naib Presiden Mohd Amar Abdullah berkata, PAS dianggap “parti pak lebai” dan “parti kampung” sejak dahulu lagi.

“Bagi kita, gelaran ‘parti pak lebai’ bukan satu gelaran yang hina. Gelaran sebagai penyamun politik itu lebih hina,” katanya ketika berucap di satu perhimpunan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Malah, beliau mengingatkan pengkritik bahawa PAS yang digelar “parti pak lebai” itu yang akan mengubah politik negara pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas PRU15 kerana menganggap parti itu tidak setia.

Malah, katanya, pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah pendiriannya, lapor Berita Harian.

“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak. Pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain,” katanya pada satu acara di Bandar Baharu, Kedah baru-baru ini.

“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat.”


No comments: