MASAALAH YANG DIUTARAKAN IALAH KEMBALIKAN KEKUATAN TENTERA . YANG PELINGKUPNYA IALAH PIMPINAN YANG MEMANG SEDIA TUNGGU DIDAKWA. DAN JUGA SEGALA KRONI YANG MELINGKUP

 


Semua pihak perlu ‘di landasan sama’ selesaikan isu aset usang tentera laut.




Kerajaan sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua kapal misi
 pesisir lengkap dengan persenjataan yang sesuai, bagi mengatasi isu
 aset usang tentera laut, kata Menteri Pertahanan
 Hishammuddin Hussein. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Semua pihak terutama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, dan pengguna akhir perlu berada di landasan sama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang yang dihadapi tentera laut kini.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata semua pihak yang terlibat perlu tahu apa yang sepatutnya diberi keutamaan dalam soal pertahanan, di samping menjaga kebajikan anggota tentera.

“Kita tidak boleh cakap mengenai aset (pertahanan) hari ini tetapi dalam masa sama nak cari berbilion ringgit untuk bina rumah anggota kita, kemudian hendak bina hospital untuk anggota tentera kita, sekolah untuk anak anggota kita juga perlu dibincangkan.

“Isu penyelenggaraan, ada aset banyak pun tiada duit untuk penyelenggaraan isu juga. Jadi, apa pendekatan yang kita nak lakukan mesti secara menyeluruh dan segalanya berkisar tentang kestabilan negara. Kalau negara stabil senang kita buat perancangan,” katanya pada sidang media.

Semalam, Panglima Tentera Laut Laksamana Mohd Reza Mohd Sany berkata aset tentera laut sudah berusia serta kurang daya tempur, dan tanpa peruntukan mencukupi ia menjejaskan keupayaan untuk mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi dan bertindak terhadap ancaman.

Hishammuddin berkata bagi mengatasi isu aset usang tentera laut, kerajaan sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) lengkap dengan persenjataan yang sesuai.

“Selain sokongan daripada kerajaan Perancis, pihak lain yang terlibat juga telah tunjukkan komitmen dalam usaha untuk kita selesaikan isu kapal LCS (kapal tempur pesisir). Jadi perancangan kita untuk selesaikan isu LCS ini berjalan, tetapi hendak tunggu LCS siap ambil masa jadi saya usahakan kumpulan kedua LMS,” katanya.

LMS keempat dan terakhir kumpulan pertama iaitu KD Rencong selamat ditauliahkan pada 28 Jan lepas dan ditempatkan dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM bersama tiga lagi iaitu KD Keris, KD Sundang, dan KD Badik di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Sementara itu, katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan tahap kesiagaan angkatan tentera di Sabah bagi memastikan segala perancangan serta inisiatif keselamatan di negeri ini dilaksanakan dengan optimum.

“Bagaimanapun, seperti saya tegaskan berulang kali usaha memperkukuh pertahanan di Sabah ini berterusan dan akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebab itu, sejak menerajui semula Kementerian Pertahanan, pelbagai usaha telah dan akan dilaksanakan,” katanya.

Antara usaha itu ialah pembinaan kem baharu di Felda Lahad Datu, pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kota Belud, atur gerak enam helikopter MD530G bagi mengukuhkan keselamatan Sabah, menubuhkan Stesen Udara Kota Kinabalu, penempatan empat LMS, dan pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 di Sandakan.

No comments: