KITA PERCAYA JIKA MANJOI DIMENANGI OLEH AMANAH DAN MAJORITI M40 DAN 30% UNDI KAUM CINA...ANWAR PUNYA KEKUATAN WALAU TAMBUN INI PEKAT UMNO.


1999- KETIKA AWAL REFORMASI- MANJOI AGAK SUNYI NAMUN ADUN MANJOI MEMBERI TENTANGAN.

2013- KEMENANGAN TIPIS SEHINGGA  CALON MASA ITU ASMUNI ALWI MAHKAMAH TENTUKAN DENGAN 103 UNDI- DAN CALON UMNO MENANG .

2014-

KEDUDUKAN KERUSI BAGI DUN: N.23 MANJOI

 
20,052 Undi
16,520 Undi
10,830 Undi
  • Dimenangi Oleh:
    ASMUNI AWI
    PARTI KEADILAN RAKYAT

    Jumlah Undi: 20,052

    Majoriti : 3,532

  • Telah Menewaskan:
    MOHAMAD ZIAD ZAINAL
    BARISAN NASIONAL

    Jumlah Undi: 16,520

  • Telah Menewaskan:
    USTAZ HAFEZ SABRI
    PARTI ISLAM SE MALAYSIA

  • Jumlah Undi: 10,830



INI MENUNJUKKAN PENGARUH PR @ PH TIDAK MEMBIMBANGKAN ANWAR IBRAHIM......KALAU TAHUN 1999 PUN BELUM TAHU GERAKAN REFORMASI KETIKA ITU, MAKA ULASAN TENTULAH AGAK KABUR.....KITA YAKIN ANWAR TAHU APA YANG DIA BUAT.





NAK KENAI AYAQ MACAMANA BUAT KERJA ...HANG TUNGGU DI TAMBUN...PKR AKAN BENAMKAN AYOR DI TAMBUN..AYAQ TAK MERAPU DALAM MISI DAN KEGIGIHAN DIA BUAT KERJA...DIA DIJATUHKAN DENGAN FITNAH JAHAT MAHATHIR- DIA TIDAK DISINGKIRKAN OELEH SULTAN YANG BENGANG DENGAN BERSEBAB.ANWAR ADA PENCAPAIAN TERBAIK KETIKA MENJADI TPM MALAYSIA.













TAMBUN

1. Saya pengundi TAMBUN walaupun menetap di Cyberjaya. Setiap kali PRU saya akan balik kampung, jalankan kewajipan saya.

2. PRU kali ini, Tambun jadi tumpuan. Hot seat kata orang. Kerana yang bertanding di situ giant2 belaka.

Satu Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dan seorang lagi wakil PN, Menteri Belia dan Sukan (interim).

3. Yang calon BN belum umum lagi. Saya percaya mereka akan hantar set2 Giant juga.

4. Tambun ini 66% pengundi Melayu. Jumlah pengundi PRU14 dulu, 107ribu orang. Populasi nya kebanyakan golongan menengah M40 dan ramai juga B40. DUN ada 2: Manjoi dan Hulu Kinta. Manjoi ni pula merupakan Kampung Melayu terbesar di Malaysia.

5. Walau majoriti orang Melayu, Tambun antara seat kritikal. Bukan safe seat untuk siapa saja. BN pun pernah kalah. PAS pun ada pengaruh di sana. Pengundi bukan Melayu 34% juga. Makanya susah nak jangka.

6. Tambun akan jadi benchmark kali ini. Mengenai sentimen Melayu ke atas Anwar Ibrahim. Boleh kah mereka terima dia sebagai Perdana Menteri?

7. Ia juga jadi medan untuk tentukan masih relevankah Parti Bersatu dalam konteks politik Malaysia. Bila mana Timbalan Presiden sendiri bertanding.

8. Bagi BN pula, split antara PH dan PN ini mungkin boleh menguntungkan mereka. Mungkin jadi mercu tanda BN boleh bangkit semula.

9. Yang pasti, saya sebagai pengundi Tambun masih lagi belum buat keputusan siapa yang saya nak pangkah. Saya nak cadangkan debat antara calon nanti, in sya allah. Kita grill mereka2 ini dengan soalan susah.

10. Strategi saya, saya akan aplikasi teori SAFT pada mereka ini dan akan pilih the lesser evil. Sesungguhnya saya percaya tiada seorang politikus pun yang sempurna.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: