ISU DARI TOK PPETI PPULAK

 




Allahuakbar... Ini apa pulak masalah mufti sorang ni dengan DS Anwar. Macam sengaja cari salah DS Anwar je. Dia yang tak dengar habis ucapan DS Anwar, dia nak sindir pulak DS Anwar kononnya tak sebut InsyaAllah.


Seingat aku, lebih banyak kali Zahid dan pemimpin UMNO yang lain tak sebut InsyaAllah, tak pula jadi isu pada dia. DS Anwar tak sebut InsyaAllah lebih buruk daripada buat PRU di musim bencana yang boleh membahayakan nyawa rakyat agaknya.


Baru beberapa hari lepas dia tulis tentang ucapan Zahid yang nak menang PRU untuk selamatkan diri daripada penjara bakal jadikan negara ini syurga rasuah. Hari ini dia cari salah orang yang nak lawan rasuah. Kalau benda betul tak apa. Ini benda palsu.


Tindakan dia ni macam sengaja nak bagi menang kluster perasuah tu pulak. Dah bertentangan habis.


Kalau encik mufti ni ada masalah dengan DAP atau dengan Ramasamy, kenapa nak babitkan DS Anwar sekali? Apa DS Anwar dah buat sakitkan hati encik mufti ni? Adakah sebab kecewa PH tak lantik encik mufti jadi menteri agama? Tanya je...


Kami penyokong PH terutamanya Parti Keadilan pun sebenarnya tak berkenan dengan Ramasamy tu  wahai encik mufti. Tapi ni negara demokrasi. Yang boleh singkirkan dia cuma pengundi dia. Tapi dah pengundi sukakan dia, apa nak dikata?


Undang-undang negara pun tak ada peruntukan yang boleh sabitkan kesalahan dia. Kalau ada tentu dia dah didakwa sebab yang memerintah sebelum ini terkenal dengan perbuatan penjarakan musuh politik mereka. Tapi masalahnya, tak dapat dibuat.


Jadi encik mufti patutnya marahkan perlembagaan,  bukan halakan kemarahan kepada DS Anwar.


Ataupun encik mufti cuba nak tumpang populariti DS Anwar? Iyalah kan, pengumuman DS Anwar dapat respon yang sangat positif daripada rakyat. Kalau sentuh sikit, tentu encik mufti pun dapat juga tempiasnya. Tapi encik mufti nak populariti untuk apa? Tugas sebagai mufti tak perlukan populariti.


Aku sebenarnya hormati ilmu agama dia ni. Aku biasa ikuti kuliyahnya dalam YouTube. Tapi taklah sampai follow akaun Twitternya. Cuma dalam soal politik, aku rasa dia banyak yang silap. Dia tak perlu acah neutral. Kalau neutral, jangan berkomentar. Sebab bila komentar, pasti akan senget sebelah 


Dalam balasan kepada postingnya, ramai yang beri penjelasan bahawa DS Anwar ada sebut beberapa kali "dengan izin Allah". Jadi jelas apa yang mufti tulis ini tidak benar. Aku nak tengok juga kalau dia minta maaf atas kesilapannya ini.


Atau mungkinkah dia juga ego? Walaupun ego itu sifat syaitan, tapi setiap manusia memang terlahir dengan perasaan itu. Cuma sekuat mana kita ikut naluri ego kita. Jadi kalau mufti ni tak ego, pasti dia akan minta maaf. Kita tunggulah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

No comments: