BERANI

 Semalam aku agak terkesima apabila terbaca akan keputusan DS Anwar untuk bertanding di Tambun. "Berani sungguh!". Itu saja ayat yang terlintas dalam fikiran aku.



Tambun bukan kawasan selamat. Berdasarkan keputusan PRU14, Ahmad Faizal Azumi menang di situ kerana pertembungan BN dan PAS. Jika BN dan PAS bergabung, besar kemungkinan Peja kalah.


Sebenarnya, antara Tambun dengan Gombak atau Ampang, Tambun lebih sukar. Kalau DS Anwar nak acah berani, beliau boleh bertanding di dua kerusi pengkhianat itu dan kemudian claim kononnya dah langgar kerusi pengkhianat.


Tetapi itulah DS Anwar. Begitulah jeneral perang yang sebenar. Turut sama turun di medan perang, memimpin pasukannya. Bukan duduk bersandar di kerusi empuk.


Zahid takkan berani tinggalkan Badan Datuk. Isnail juga takkan berani tinggalkan Bera. Dan begitu juga Mahiaddin serta Mahathir. Takkan berani tinggalkan kawasan atau negeri masing-masing.


Tapi DS Anwar berani. Dari Pulau Pinang ke Port Dickson di Negeri Sembilan. Kini Tambun di Perak pula. Pemberani sebeginilah yang kita perlu untuk memimpin negara.


Bukan jenis yang lembik, yang kena ugut dengan kluster mahkamah pun dah kecut perut sampai sanggup gadaikan nyawa rakyat demi nak puaskan nafsu mereka.


Jelas DS Anwar adalah satu-satunya calon yang paling sesuai untuk jadi PM Malaysia selepas PRU ini. Tidak ada pilihan kedua.


Apa kata kita cabar Zahid, Mahiaddin dan Mahathir untuk turut sama bertanding di Tambun. Atau kalau Zahid kecut perut, boleh suruh Isnail. Biar semua yang nak jadi PM bertanding di kerusi yang sama. Kalau Hadi nak join sekali pun boleh 


Rasa-rasanya ada yang berani tak? Rasanya mimpi je la. Semua selain DS Anwar tu penakut. Macam mana nak jadi PM kalau penakut? Guane boh?


 

Raja Gelap 

No comments: