BUKAN TAK MAU KEMPEN- NAK MASUK FELDA PUN PAYAH- LAGI PULAK BIAR LAH NAJIB MENIPU DAN MAIL PULA MENIPU NAK HAPUSKAN HUTANG...PM KITE AMENO. TANPA AMENO KAMI TAK HIDUP CAM GINI.











Kempen PH di Felda masih malap, kata persatuan anak peneroka.





Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mahu kerajaan baharu
 yang akan ditubuhkan nanti tidak mengulangi kegagalan pentadbiran
 terdahulu dalam melaksanakan janji manifesto berhubung Felda.

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman mempersoalkan kempen Pakatan Harapan (PH) di kawasan Felda yang dianggapnya masih “malap”, walaupun pilihan raya umum ke-15 kian hampir.

“Parlimen sudah pun dibubarkan. Tidak sampai sebulan lagi untuk menentukan kerajaan baharu yang bakal dibentuk.

“Namun, sampai saat ini, kempen PH di kawasan Felda begitu malap sekali. Adakah PH sudah selesa untuk memperolehi sasaran di kerusi bandar dan separa bandar tanpa perlu sokongan kerusi Felda?” soalnya dalam kenyataan.

Bekas pemimpin Amanah itu turut mempersoalkan bagaimana PH mahu mempertahankan kerusi Felda di Johor seperti Parlimen Tebrau, Kulai, Simpang Renggam, Labis, Sekijang, Segamat dan Pagoh yang dimenanginya pada PRU14.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik pengumuman PH memilih Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan itu dan berharap kerajaan baharu yang akan ditubuhkan nanti tidak mengulangi kegagalan pentadbiran terdahulu dalam melaksanakan janji manifesto berhubung Felda.

“Usah diulang cerita penyelewengan dan salah guna kuasa Felda di zaman Barisan Nasional.

“Apa warga Felda, khususnya generasi baharu, inginkan ialah reformasi menyeluruh Felda, khususnya pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi memartabatkan generasi baharu sebagai pewaris menggantikan peneroka asal yang hampir 70% meninggal dunia.”

Mazlan dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang pada Okt 2018, sebelum ditamatkan perkhidmatannya pada 1 April 2020.

No comments: