SEMOGA PIMPINAN PH SEDAR, BAHAWA MELAWAN DEMI MENYOKONG BUKANLAH PERCUMA.

 

















Saya mula menulis melawan propaganda dan spin 4 tahun dulu.

Ada sekali masa saya mengandung 7 bulan, saya diganggu troll dan cytro. Mereka gelar saya sun**l, b**i, pela**r dan segala makian lain, termasuk laknatullah Description: 🥴Gambar saya mereka sebar luas juga.

Bukan itu saja, anak saya dihina dan dikeji. Sampai ancam nak cari mereka di sekolah. Saya nak buat report SKMM dan polis.

Tapi disekat masa tu, kononnya saya pegawai Menteri. Kena bersabar saja. Itu cara PH memerintah dulu, baik bebenor. Tak kena gaya.

Mula dari situ, jihad saya terhadap troll bermula. Mereka ini tidak boleh diberi muka. Nanti2 anak2 kita berperangai begitu pula.

Pada mulanya, selalu saya rasa bersendirian menghadapi mereka. Lama2 ramai kawan yang bantu. Mereka juga hadapi tekanan yang sama. Caci maki makanan ruji kita.

4 tahun berlalu, Alhamdullilah… saya rasakan I’m no longer alone. Ramai yang berani ke depan, menegakkan kebenaran, propaganda dilawan. Ramai juga yang berani guna profile sendiri. Tidak lagi bersembunyi.

Lumrah alam, the light will always defeat darkness. Hanya dengan kebenaran kita boleh melawan kebatilan. Nampaknya ada cahaya di hujung terowong.

Ada ramai yang DM saya untuk bagi kata semangat. Terima kasih saya ucapkan.

Saya percaya kalau setiap rakyat Malaysia, sama2 bantu nyalakan lilin kebenaran, maka kita boleh lenyapkan kegelapan.

Cahaya lilin tu nescaya lebih kuat untuk menerangai seluruh negara, berbanding tenaga solar yang tak kunjung tiba. Mungkin itu jasa kita kepada negara.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: