PENGAKUAN EDITO SARAWAK REPORT. JANGAN NANTI BUAT DALIL " JANGAN PERCAYA ORANG PASIK". SEBAB YANG DITUDUH PUN TAK TUNAI MENEFESTO SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN. ITU PUN PASIK JUGA.

 


Saya hanya kata Umno bayar PAS, kata Rewcastle Brown




Clare Rewcastle Brown berkata, wujud bukti bahawa PAS dibayar oleh
 Umno. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyangkal dakwaan bahawa beliau telah mengesahkan Umno membayar RM90 juta kepada PAS pada tahun-tahun sebelum pilihan raya umum (PRU) terdahulu.

Katanya, beliau hanya mengesahkan wujudnya bukti bahawa PAS dibayar.

Bagaimanapun, jumlah RM90 juta itu hanyalah sesuatu untuk mengalihkan tumpuan, tambahnya. Angka itu juga telah disebut dalam saman fitnah terhadapnya pada 2017.

“Jumlah sebenar sukar ditentukan memandangkan jumlah itu berpindah tangan dalam bentuk tunai,” katanya menjawab laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh seorang ADUN DAP.

Aduan itu dibuat terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. Aduan itu difailkan selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Rewcastle Brown dalam saman fitnah terhadapnya.

Lim berkata, satu video yang tular di media sosial memaparkan Rewcastle Brown mengesahkan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Bagaimanapun, Rewcastle Brown memberitahu FMT, jumlah RM90 juta itu dibangkitkan dalam satu soalan, tetapi beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mengesahkan wang telah dibayar.

“Apa yang penting di sini adalah kedua-dua parti itu menyembunyikan pakatan yang mereka jalin dan kemudiannya mereka akui, tetapi hanya selepas PRU. Jadi mereka menipu pengundi,” katanya.

No comments: