INFLUENCER



1. Dulu masa saya kecil. Saya peminat tegar Awang Selamat. Setiap Ahad, kalau orang lain berebut Pancaindera, saya cari Mingguan Malaysia dulu. Apa AS tulis saya nak tahu.

2. Benda yang dia tulis pendek sahaja. Tapi impak dia, seminggu buat kita berpikir. Selalunya, dia tembak politikus atau parti tententu. Ada juga dia back hand selebriti. Padat dan pedas. Idola saya tu.

3. Majoriti rakyat tak tahu dia siapa. Kerana AS tu hanya nama samaran saja. Orang Utusan je yang tahu gamaknya.

4. Namun demikian, apa saja yang ditulis perlu mengikut etika kewartawanan. Kalau memfitnah, Utusan kena saman. Itu etika penulis yang pegang amanah. Menyampai maklumat kepada orang awam.

5. Last sekali saya baca dari AS, ketika dia memerli seorang Perdana Menteri. “Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama2 mencuri”. Lepas tu kolumn pojok tu dihentikan Description: 😓

6. Selepas era kolumn pojok, era blog pula popular. Kalau nak tahu cerita alternatif, bukan dari media arus perdana. Kita akan skodeng blog2 ni. Mereka pun guna samaran (pseudonym) tapi kita tahu siapa mereka ni.

7. Papagomo, Rocky Bru, RPK, Sang Kelembai dan Art Harun. Itu blogger politik yang kita kenal. Jangan samakan blogger macam Beautifulnara pula. Tu blog retis2.

8. Blogger politik ni walaupun guna samaran, kita tahu identiti mereka. Muka mereka bersepah. Mereka takde la sembunyi2. Kerana blogger2 dulu pendiriannya berani kerana benar. Saman fitnah-memfitnah keliling pinggang. Ada yang kalah, ada yang menang.

9. Namun kita perhatikan budaya INFLUENCERS sekarang. Buat komentetar dan penulisan politik guna nama seolah2 nama betul. Tapi kita pun tak tahu. Identiti sebenar mereka sembunyikan. Gambar ada la seciput, ntah betul ntah idak, siapa boleh tentukan?

10. Kalau memfitnah dan buat berita palsu, mereka boleh lari dari tindakan. Kebanyakan curi VPN luar negara, kalau nak hantar saman pun tak jumpa.

11. Tapi gah mereka di alam maya, pendekar habis la. Habis dimaki dan dibodohkan semua orang. “Bijak”mereka tu kalah Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Segala Perdana Menteri pun mereka main belasah juga.

12. Yang belakang screen ntah siapa2 lah. Mengikut kawan SKMM saya, banyak influencers politik sekarang bebudak muda. Punya akaun palsu agar senang nak memaki. Langsung tiada akauntabiliti. Kalau nak kena ambil tindakan mereka boleh lari.

13. Industri Troll di Filipina sangat bergantung kepada mereka ini. Supervisor/ Leader akan keluar suatu naratif, maka influencers ni la yang dok spin dan buat propaganda. Menipu rakyat dengan auta mereka. Kebanyakan dah ditulis siap atau poster yang dah siap design. Kerja mereka hanya sebar luaskan.

14. Gaji influencers politik ni lumayan katanya. Boleh cecah puluh ribu ringgit. Tu sebab ada yang jadi bodyguard pun sanggup jadi influencer politik. Setakat kerja tempek2 Description: 😂Fakta pun takde hanya pandai spin.

15. Ada orang tanya mana pergi tenaga kerja kita? Kita ramai graduate tapi takde orang bekerja. Makanya, Kerajaan pantaulah indutstri troll ni di kalangan orang muda. Saya percaya ramai yang terjebak jua.

16. Kerja haram ni nak dijadikan profesyen anak2 kita? Nauzubillah… tolonglah Kerajaan buat Akta, haramkan ia. Jangan budaya bigots di Filipina dan Amerika menjajah Malaysia. Di sana sampai boleh berbunuh hanya kerana tarhasut dengan troll2 ini.

17. Apa jihad kita sebagai rakyat untuk betulkan keadaan ini. Satunya berhati2 dengan apa yang ditulis oleh influencers politik. Saya bagi tips ini:

(I) Semak siapa dia? Adakah identiti sebenar, atau palsu. Jangan la percaya yang spesis tak guna nama sebenar dan guna gambar palsu. Ntah siapa2. Tu semua takde “bola” jua. Kalau dia sendiri tak berani dedahkan siapa dia, kenapa tuan/ perlu percaya apa dia kata?

(II) Selalu yang influencers berbayar dan troll ni ada udang sebalik mi. Dia nak sampaikan satu naratif. Posting nya tak menyeluruh. Banyak maklumat disorok. Dan nak buat kita marah atau suka melampau. Janganla terima bulat2. Semak dan semak dan baca. Tabaiyun dulu, bukan terus tibaiyun.

Macam mana nak tabaiyun? Suruh dia bagi rujukan keratan akhbar atau rujukan lain. Check sama ada dia bagi maklumat menyeluruh. Selalu persoal akan apa yang dia tulis. Kalau level pentaksub, takyah la percaya. Tu mindanya terkatup jua. Apah pun tak guna.

(III) Kalau dah kenal pasti influencer tu hanya troll dan suka buat propaganda politikus, block terus mereka. Jangan bagi mereka menjajah minda. Ingat motto mereka “if we can’t beat them, we confuse them”. So takyah pening kepala. Block kan saja mereka. Bagi mereka susah sikit nak cari makan. Itu saja habuan. Simple bukan?

18. Ada orang cakap, saya ni dah sampai level influencer. Saya selalu rasa saya hanya writer. Apa saya tulis, sesen pun tak dibayar sesiapa. Tu sebab saya boleh puji dan hentam siapa saja.

19. Namun, tuan puan check la dulu juga apa yang saya tulis. Fact checking itu penting. Jangan pajak otak anda kepada siapa pun. Termasuk la penulis ini.

20. Sama2 kita berjihad melawan troll army. Sememangnya mereka adalah tentera dajjal, pengacau demokrasi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

Gambar Dajjal saya ambil dari internet: