KERUSI YANG MUDA INGINKAN ADALAH KERUSI PKR DAN IANYA ADALAH HAK KEADILAN UNTUK MERAMPASNYA SEMULA




Rupanya MUDA sasarkan kerusi yang disandang oleh PN... Macam tu kira oklah kan? Tak ganggu kerusi PH. Betul ke? Salah!

Jangan lupa dalam PN terutamanya PPBM, berapa ramai pengkhianat PH terutamanya Keadilan. Aku bagi contoh paling mudah, kerusi Gombak.

Azmin menang atas watikah Keadilan, kerusi yang diperuntukkan untuk Keadilan, kempen pun dengan jentera Keadilan. Itu kerusi Keadilan.

Tapi sekarang, kerana Azmin lompat ke PN, kerusi itu milik PPBM. Kalau Muda mahukan kerusi itu, boleh kita bagi? Mana boleh!

Kerusi itu mesti ditandingi semula oleh Keadilan. Itu kerusi wajib menang. Takkan semudah tu nak serah kepada MUDA?

Pandai nampaknya nak membelit. Itu belum rasmi lagi masuk PH. Kalau dah rasmi, habis kepala orang semua nak dipijaknya. Sebab tu jangan bagi muka. Tolak je! Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: