MANA DIA BEKAS MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PH DAHULU.MASIH DALAM GUA ATAU PUTUS ASA

 

Dr. Mujahid ni salah seorang pemimpin PH yang rajin juga buat kerja menyerang UMNO. Cuma dia kurang konsistensi. Tapi masih ok sebab dia masih berlegar dalam Kementerian yang jadi portfolionya ketika PH mentadbir sebelum ini.

Boleh baca berita ini di https://bit.ly/3qwdSF4

Selain Mujahid, Anthony Loke juga ada lancarkan perang terhadap Wee hal berkaitan Kementerian Pengangkutan. Juga kurang konsistensi tapi bagi aku sudah memadai. At least something.

Tapi mana pergi mantan menteri dari PH yang lain? Ramai yang senyap sunyi.

- Ada mantan menteri yang kerjanya berbalas tweet dengan Najib je. Mesti dia tengah rindu Najib masa ni.

- Ada mantan menteri yang buka mulut hanya hal yang berkaitan khemah besar je.

- Ada pula mantan Ketua Menteri yang lebih sibuk berkebun, berselfie. Tak serang pun kerajaan UMNO yang memerintah negeri sekarang ini.

- Ada yang sibuk cerita sejarah parti, sumbangan dia tapi tak banyak cerita soal inflasi dan kenaikan harga barang keperluan.

- Ada yang aku pun tak pasti masih bernyawa atau tidak masa ni. Senyap terus.

Aku kritik bukan nak burukkan PH. Tapi ini sebagai peringatan agar tidak sampai rakyat tak nampak PH sebagai satu opsyen.

Kerajaan yang ada ni terlalu lemah. Terlalu banyak rompongnya. Banyak sudut boleh diserang. Ada puluhan isu yang boleh dimainkan.

Sekarang bukan zaman nak selfie sambil derma kerusi roda lagi. Ini zaman di mana rakyat menilai apa yang boleh kamu beri kepada rakyat andainya kamu diberikan kuasa.

Rakyat melihat dalam kerangka lebih besar. Soal dasar, soal polisi. Bukan lagi soal bantuan hamper, kerusi roda, biskut raya dan sebagainya.

Kamu dipilih untuk pegang jawatan tertinggi dalam parti kerana ahli yakin dengan kebolehan kamu. Kalau rasa dah tak mampu, lepaskan jawatan. Ada ramai lagi pemimpin di bawah ini yang hebat.

Ada yang jawatan hanya ketua cawangan/bahagian tapi lebih aktif bekerja. Baik biar mereka saja yang jadi pemimpin di peringkat pusat.

PRU dah semakin dekat. Pemenjaraan Najib berikan impak positif kepada Isnail. Kalau PH tak serang kabinet Isnail secara konsisten, jangan terkejut kalau UMNO jadi pilihan rakyat semula. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: