Siapa Izwan Azir Saleh ni agaknya?
Negara ini milik kita orang Tanah Melayu. British curi dari
kita. Kemerdekaan yang kita dapat adalah hak kita yang diambil oleh British.
Bukan kurniaan daripada Queen pun.
Ia macam kita ambil balik kereta daripada orang yang pakai
kereta kita. Apa yang istimewanya? Tiada! Kalau dia tak mahu pulangkan, kita
lawan secara gentlemen. Kan orang Melayu pantang dicabar?
Selama dijajah, banyak hasil kita yang dicuri oleh bangsa penjajah
ini. Mereka tak bayar pun. Malah mereka tak merdekakan kota secara mutlak.
Masih ada yang mereka kawal. Itu berjasakah? Guane boh?