HANAPI JUSOH
SIAPA SETUJU?
Asyik menuding jari kepada orang lain tetapi terlupa jari lain
menuding kepada diri sendiri.
Ada sesiapa tahu berapa pendapatan YB Dato' Seri Haji Hadi
sekarang termasuk pencen setiap bulan? Beliau adalah mantan MB Terengganu dan
mantan ADUN. Tentunya dapat pencen MB dan Pencen ADUN. Ditambah lagi dengan
gaji sebagai Ahli Parlimen dan gaji sebagai Duta Khas bertaraf Menteri.
Mungkin eloklah rakyat buat homework ini dan cari fakta
berikut:-
Pencen MB berapa ribu?
Pencen ADUN berapa ribu?
Gaji MP termasuk elaun dan tuntutan khabarnya mencecah RM25K
Gaji dan Elaun Duta Khas hampir mencecah RM28K
(Ini tidak termasuk bajet khas yang diperolehi setiap Parlimen
untuk dibelanjakan bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing. Memandangkan
Marang adalah MP KERAJAAN kerana PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan, maka
bajet Parlimen Marang juga banyak).
Takkan dengan gaji dan elaun hampir ratusan ribu ini tidak boleh
membantu rakyat Marang yang susah sehingga terpaksa mencuri Milo?
Kalau tidak mahu guna bajet Parlimen, maka boleh digunakan
kekayaan pendapatan peribadi yang dibayar menggunakan duit rakyat untuk
membantu rakyat....tak gitu?
Tok Guru selalu berceramah pasal Saidina Umar pergi ke padang
pasir dan berjumpa dengan seorang ibu dan beberapa anak. Ibu tersebut terpaksa
memasak batu kerana anaknya kelaparan dengan harapan anaknya tertidur sambil
menunggu makanan 'masak'. Tidak boleh kah Tok Guru buat sepertimana Saidina
Umar ini? Menyamar sebagai orang biasa demi mencari orang miskin dan kelaparan
serta membantu mereka?
Akhirnya, pembinaan jambatan Marang tolonglah dipercepatkan
sikit YB Marang. Signage dah lama naik tapi tiada kerja-kerja pembinaan lagi
dibuat rasanya. Yang ada adalah kerja menyiapkan puluhan unit rumah teres di
tepi muara Marang oleh satu pemaju swasta yang menyakitkan mata dan menjejaskan
keaslian serta kecantikan muara Sungai Marang.
Banyak persoalan yang timbul tentang projek pembinaan rumah
teres ini.
Macamana projek ini boleh diluluskan? Eloklah MP Marang dan MB
tinjau keluh kesah orang kampung terhadap kesan projek ini kepada orang kampung
setempat. Ada tak mereka yang tidak bersetuju dan membantah tetapi suaranya
tidak diendahkan? Ada tak kajian tentang pandangan penduduk setempat dibuat?
Adakah Pejabat Daerah dan PBT berkaitan bertindak telus dan segala proses
mengikut prosedur? Adakah kajian terhadap kesan alam sekitar telah dibuat?
Macamana tanah yang sebegini strategik boleh diperolehi oleh syarikat ini? Ada
tak udang disebalik batu?
Mungkin elok #SPRM
menyiasat tentang projek ini?
Kalau belum dapat CCC eloklah sesuatu dilakukan.
https://malaysiamerdeka.com/asyik-tuduh-ph-tapi-hadi-tak.../