KAH..KAH...JANGAN KUTIP SAMPAH KOTOR YANG TERBUANG ...DARI DISANJUNG DIDADALM PKR-, KINI ZURAIDA ‘PELOMPAT KATAK TAK BOLEH PAKAI’, WATAKNYA BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP BN

 

Dalam apa keadaan dan dipandang daripada sudut mana sekali pun, Zuraida Kamaruddin adalah termasuk dalam kategori pemimpin lompat katak.

Lompatannya pula bukan sekali, bahkan lebih daripada dua kali hanya dalam satu tempoh penggal Parlimen.

Daripada PKR, beliau menentang kepimpinan parti untuk bersama kem Azmin Ali meninggalkan parti itu berikutan Langkah Sheraton, seterusnya melompat menyertai Bersatu dan kini kemudian melompat sekali lagi kepada Parti Bangsa Malaysia Malaysia atau PBM.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang adalah Presiden PBM sekarang ini.

Daripada segi gabungan pula, beliau melompat daripada PH kepada PN dan kini sedang memohon untuk menyertai BN.

Berpuluh tahun berjuang bersama PKR menentang serta mencemuh BN, akhirnya BN juga yang dicari untuk dipeluk dan dicium dalam meneruskan perjuangan masa depannya yang kian menuju kelam.

Kenapa beliau sanggup menjilat ludahnya kembali?

Tentulah jawabnya tidak lain tidak bukan ialah kerana kerajaan sekarang diketuai oleh BN dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turut daripada BN, selain BN juga dilihat lebih mempunyai masa depan berbanding PN, walau kedua-dua BN dan PN adalah sama-sama dalam kerajaan.

Kalau ketika ini Mahiaddin Md Yasin masih lagi Perdana Menteri, tentu mustahil untuk Zuraida meninggalkan Bersatu dan PN.

Pasti tidak mungkin juga beliau sedia menubuhkan PBM dan tebal muka memohon menyertai BN.

Semua yang dilakukan Zuraida dengan memilih menubuhkan PBM dan menyertai BN adalah semata-mata kerana kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan masa depan politiknya saja.

Tiada walau sekelumit sekali pun untuk kepentingan rakyat di sebalik tindakannya itu.

Zuraida tidak terus masuk UMNO kerana ada rasa malu berbuat demikian, lalu dengan menubuhkan PBM dan memohon menyertai BN dapatlah dilindungi sedikit perasaan itu.

Walhal ia tidak berbeza pun, cuma beza masuk rumah antara ikut pintu depan dengan pintu tepi saja.

Orang di dalam rumah BN itu tetap juga ada Zahid Hamidi, Ismail Sabri, Najib Razak, Tok Mat dan lain-lainnya.

Tidak mustahil kalau ketika ini Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri, Zuraida turut tidak malu juga membawa PBM untuk memohon menjadi anggota PH.

Dalam istilah yang mudah, watak dan langkah politik seperti Zuraida ini sama sekali “tidak boleh pakai”.

Keutamannya hanyalah menjaga jawatan, kedudukan dan kepentingan peribadi semata-mata.

Selepas ini, entah ke mana lagi beliau akan melompat untuk mencari tempat.

Sebab itu, langkah BN Ampang yang menaikkan beberapa poster di kawasan itu sebagai tanda protes menentang kemasukan PBM ke dalam BN adalah wajar dan tepat.

Ini kerana Zuraida bukan saja-saja memohon menyertai BN, melainkan dengan keinginan, harapan dan nafsu agar diberi ruang bertanding lagi di Parlimen Ampang, seterusnya perlu disokong penuh pula oleh UMNO, MCA dan MIC.

Habis, kalau kemasukannya diterima, apa jadi kepada ahli dan pemimpin yang selama ini setia tidak berbelah bagi kepada BN dan tidak pernah setapak pun meninggalkan medan perjuangan?

Apakah wajar mereka pula bertindak berkempen untuk memenangkan seorang pelompat katak?

Di samping itu, dengan lulusnya RUU Anti Lompat Parti dan BN selama ini menentang keras amalan melompat parti, menerima kemasukan PBM ke dalam BN adalah bertentangan dengan apa yang diperjuangkan itu.

Keberadaan Zuraida dan PBM dalam BN hanya akan merosakkan nama BN di mata rakyat.

Tiada beza antara melompat parti dan menyertai parti lain dengan menubuhkan parti baru serta meninggalkan gabungan sedia ada untuk beralih kepada gabungan baru.

Kenapa PBM tidak mahu memohon menyertai PN?

Dalam hal ini, apakah kerana ingin menyelamatkan Zuraida yang “tak boleh pakai” itu, Zahid Hamidi, UMNO dan BN juga tidak kisah menjilat ludah sendiri? – ShahbudinHusin 04/08/2022.

No comments: