KAH..KAH..120 KERUSI ...AHLI BERAPA JUTA..JANGAN LUPA LETAK KHAIRUDDIN HASSAN DI PERMATANG PAUH...

 

Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir

Fareez Azman
Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir
Tambah Dr Mahathir, gerakan itu berpotensi untuk menang dalam PRU15 sekiranya 65 peratus pengundi yang tidak menyokong kerajaan memihak kepada mereka. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air dijangka bertanding di 120 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Demikian jelas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan gabungan itu pada Khamis.
Jelasnya, beliau yakin mendapat sokongan daripada rakyat terutama orang Melayu yang menolak rasuah serta penyelewengan.
"Kita nak letak calon sebanyak 120 kerusi, ada kerusi yang sudah tentu ditandingi UMNO.
"Kita berpendapat masa sudah tiba untuk orang Melayu kenal UMNO sekarang ini, kerana UMNO sekarang ini nama sahaja UMNO tapi prinsip perjuangannya ialah duit," katanya.
Mengulas lanjut, tambah Dr Mahathir, gerakan itu berpotensi untuk menang dalam PRU15 sekiranya 65 peratus pengundi yang tidak menyokong kerajaan memihak kepada mereka.
"Setakat kita tahu UMNO jadi kerajaan kerana sokongan 35 peratus sahaja, ada 65 peratus tidak sokong kerajaan, mereka ini tidak mengundi sama sekali, kerana menganggap politik ini bosan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah.
"Kita yakin dengan penerangan kita lakukan menerusi gerakan ini, kita yakin mereka akan beri sokongan dengan kita bersama empat buah parti dan beratus NGO yang sudah menyatakan sokongan mereka kepada kita.
"Serta jumlah orang ramai prihatin tidak senang amalan rasuah kerajaan sekarang, kita yakin kita boleh dapat kemenangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ketika mengumumkan Gerakan Tanah Air dalam sidang media di Yayasan Albukhary di ibu negara pada Khamis.

No comments: