JAWATAN PM TAK LEBIH 10 TAHUN,MEMINTA MESYAUARAT PARLIMEN DAN KEBEBASAN INSTUTUSI KEHAKIMAN

 

83% janji dipenuhi, 3 perkara dalam MoU belum dilaksana, kata PH








Pakatan Harapan berkata, MoU yang dimeterai dengan kerajaan pada
 13 Sept 2021 akan terus berkuat kuasa selagi Parlimen penggal ke-14
 tidak dibubarkan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan kerajaan, selepas lebih 80% janji dalam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan Putrajaya dipenuhi.

Majlis Presiden PH menyifatkan kelulusan Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang disokong 209 Ahli Parlimen adalah kemenangan besar buat rakyat.

“Ia merupakan salah satu tiang seri kepada MoU antara kerajaan dan PH. PH percaya dengan lulusnya pindaan Perlembagaan semalam, maka keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi itu sendiri akan mulai pulih.

“Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbetul keadaan politik dan demokrasi dalam negara, serta menjamin episod khianat seperti Langkah Sheraton tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

“Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini, maka 15 daripada 18 perkara yang dipersetujui dalam MoU telah dilaksanakan, bersamaan 83.3%,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden Upko, Madius Tangau.

PH berkata, tiga perkara yang belum dipenuhi ialah mengehadkan jawatan perdana menteri tidak lebih 10 tahun, membentang dan meluluskan RUU Perkhidmatan Parlimen serta meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding lebih teratur dan lancar.

“Pada masa sama, perkara 4, iaitu kebebasan institusi kehakiman perlu terlaksana sepanjang masa.”

Oleh itu, ia menggesa wakilnya dalam Jawatankuasa Pemandu MoU berbincang dengan kerajaan berhubung tiga perkara yang belum dilaksanakan itu.

Katanya, MoU yang dimeterai pada 13 Sept 2021 akan terus berkuat kuasa, selagi Parlimen penggal ke-14 tidak dibubarkan, seperti dinyatakan dalam Perkara 2.1 MoU.