PERUTUSAN MAAL HIJRAH - ANWAR

 





Perutusan Maal Hijrah 1444H

Salam Ma'al Hijrah.

Alhamdulillah, hari ini bermulanya penghijrahan tahun baru bagi umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan yang sama, marilah kita bersama meningkatkan keimanan, amal soleh, serta terus bertaqwa kepada Allah SWT.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diizinkan untuk kita bernafas dan dilimpahi nikmat rezeki di atas muka bumi ini.

Justeru itu jangan kita lupa akan tanggungjawab untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Awal Muharram mengingatkan kita tentang kepentingan untuk berhijrah kerana setiap penghijrahan adalah suatu perubahan, dan setiap perubahan boleh membentuk ke arah kebaikan. Oleh itu, perubahan harus dilakukan untuk mewujudkan anjakan yang bermakna.

Selamat menyambut Awal Muharram 1444H.

Semoga tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan terus bertaqwa dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM

 

 


No comments: