KALAU DAH GELOJOH , NAK JOIN DAN TINGGALKAN KAWAN LAMA GO AHEAD..

 

Dilema sekutu PH: Jalin kerjasama dengan MUDA atau setia dengan PKR?




Amanah dan DAP berkempen dengan logo PH manakala PKR menggunakan logo sendiri pada PRN Johor.

PETALING JAYA: Selepas malapetaka besar pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, rakan sekutu Pakatan Harapan (PH), Amanah dan DAP mempunyai pilihan sama ada untuk membentuk kerjasama baharu atau kekal bersama rakan lama, PKR.

Penganalisis Azmi Hassan berkata Amanah dan DAP harus bekerjasama dengan MUDA, parti berasaskan belia yang baharu ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kedua-duanya itu tidak harus menjalin pakatan dengan sebarang parti baharu tetapi meneruskan kerjasama dengan rakan lama.

Azmi yang juga Felo Kanan di Akademi Nusantara, berkata MUDA mempunyai potensi, berdasarkan hasil yang ditunjukkan pada PRN Johor. Parti itu menang satu kerusi dan memperoleh 48,072 undi atau 3.46% daripada semua undi yang dibuang.

“Walaupun MUDA hanya menang satu kerusi (pada PRN Johor), mereka melakukannya dengan sangat baik jika melihat berdasarkan undi popular,” katanya.

“Rakyat sokong idea politik MUDA,” kata Azmi kepada FMT.

Katanya, MUDA membawa satu nafas segar dan sebuah parti “tanpa sebarang liabiliti” serta membuka pintu kepada semua kaum dan agama.

Amanah dan DAP harus melupakan kerjasama dengan parti dari Sabah, Warisan dan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad kerana pengundi melihat Warisan hanya untuk rakyat Sabah manakala Pejuang pula kurang sokongan akar umbi.

Bagaimanapun, Azmi berkata sekiranya DAP dan Amanah perlu memilih antara PKR atau bekerjasama dengan Warisan dan Pejuang, adalah lebih baik mereka kekal dengan parti pimpinan Anwar Ibrahim yang “masih mempunyai pengaruh – kecuali mungkin ada masalah dengan pemimpin mereka.”

PKR memperoleh 82,556 undi atau 5.93% daripada semua undi yang dibuang.

Fauzi percaya DAP dan Amanah harus kekal dengan status quo.

Tanpa PKR, “DAP, parti terbesar dan paling senior dalam gabungan baharu akan berada di hadapan untuk memimpin.”

No comments: