CAKAP LAH APA SAHAJA PROJEK DI MALAYSIA. IANYA MELIBATKAN RASUAH SEGENAP PENJURU

 

Rasuah berkait projek MRT RM650 juta, 5 termasuk ‘Datuk’ ditahan





Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga suspek berusia antara 43 hingga 52 tahun termasuk seorang wanita.

PETALING JAYA: Dua bekas pengarah dan tiga pengarah syarikat kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan projek transit aliran massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Sumber berkata, dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan kerana melantik syarikat itu sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.

Katanya, berikutan itu Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 43 hingga 52 tahun.

Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman atas faktor kesihatan.

“Perintah reman enam hari bermula hari ini hingga 27 Mac. Namun kedua-dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan terbabit diperintah hadir ke pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

“Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” kata sumber itu.


No comments: