KENAPA BOMOH DAN AJARAN SESAT MASIH SUBUR DIZAMAN MAKLUMAT DIHUJUNG JARI?

 

ABDULLAH MAT ISA


Pernah tak anda fikir camane org yg diberi ajaran sempurna sejak kanak2 leh je terpengaruh ngan ajaran sesat dan terpesong percaya Khurafat bila berubat ngan bomoh?

Actually bukan salah kita..Kita hanya mudah terkeliru dan merasakan kita seorg Islam sempurna hanya jika sokong dan ikut segala tindakan org2 Agama bulat2 tanpa soal.

Apa saja yg depa buat dan tahankan kita wajib ikut atau kita takan kelihatan spt org Islam.Begitu kuat ketakutan kita sebenarnya dan merasakan selamat ikut bulat2 tanpa fikirkan kenapa.

PENUNGGANG AGAMA KELIHATAN BIJAK BILA PENGIKUT MENJADI SEMAKIN BODO

Bukan apa,kita dilatih begitu rupa.Krn tu senang2 je ada yg terpengaruh kpd bomoh yg bijak yakinkan kita bila dia selitkan ayat2 Al Quran ketika mengubat kita..

Krn tu gak wujud lagi banyak ajaran sesat bila depa campur2 amalan yg baru dan kita yakin dia expert dan tahu segalanya hanya krn dia belajar agama di negara Arab..Ni kelemahan manusia yg rasakan dirinya belum cukup ilmu Agama dan serah bulat2 kepada tok guru tuk ajar mereka..

Klu zaman dulu lehlah kita terima alasan begitu,dimana nak dapatkan Al Quran pun payah kerana mmg takde pun cetakan begitu banyak spt sekarang.

Zaman tu kita belajar agama ikut Pelajar lepasan Tahfiz yg hafal Al Quran tuk disampaikan serata tempat.Jika mrk silap atau selit2 benda baru ,maka mudah je org yg baru kenali Islam percaya..

Maka tak hairan jika dizaman tu ada pelbagai Mahzab akibat kengkangan dapatkan rujukan sahih..Hadis pun cam2 dan ada yg sahih dan ada yg tak sahih..Terjemahan pun banyak dan ada yg logik dan ada yg tak logik..Kita ada masalah camtu ke sekarang?

MANUSIA MAKIN MALAS DEK PENANGAN TEKNOLOGI.

Tapi dizaman ni camane plak?Kan ada pelbagai rujukan..Apa susah luangkan masa dan tambah ilmu dirumah sendiri dari dok layan segala yg kita baca dan dengar di FB ,Youtube dan ruang2 komen?Nampak tak..Manusia dah malas baca lepas segalanya leh dibaca dgn click2..Baca pun kerat2 je..Takde menyeluruh..

So its simple nak paham kenapa ramai menyokong ibu dan anak dipisahkan dgn alasan nak tahankan akidah walaupun si ibu ada hak mutlak keatas anaknya oleh Mahkamah..Mrk lupa yg hidayah milik Allah SWT..

Mrk lupa dosa jadi batu api putuskan silaturahim anak2 ni ngan ibu.Mrk juga lupa yg tugas kita hanya sampaikan Agama dan kita dah selesaikan tugas hakiki ini dan bukannya mampu pastikan Hidayah betul2 mencengkam jiwa seseorg.

HIDAYAH MILIK ALLAH SWT

Jika diizinkan pasti anak2 ni takan hilang keimanan depa walau membesar dimana2 pun..Anda jika prihatin,leh je lawat anak2 ni kerap dan malah leh tawarkan asrama tuk terus bimbing mereka memandangkan ibunya pun tengah susah payah seorg diri..Rasanya leh je bincang ngan elok, jika kita tunjuk rasa prihatin dan kasihan kat ibu tu.Mana tau ibunya pun

peluk

Islam?

Namun bila kita keras dan kejam halang dia setakat jumpa anak,maka beginilah terjadi.

Lupakah kita camane Ah Soh tua mampu besarkan anak Pendatang sbg seorg Muslimah sekian lama?

Bukankah Allah SWT yg izinkan ia berlaku?Kenapa plak anak ni tak perpengaruh ngan agama penjaganya?

Ni yg dikatakan hidayah dan bila Allah SWT dah izinkan ,manusia tetap kekal beriman dan bertaqwa kepadaNya dlm apa keadaan pun.Sama spt bagaimana rakyat Malaysia kekal ikut Islam walaupun dan berabad2 dibawah jajahan Mat Salleh..

Jika anda buka hati dan lihat lebih kedalam tanpa ketaksuban keatas manusia,maka pasti anda leh lihat sejauh ni dgn mudah..Buka hati anda dan lihatlah dgn betul..InsyaAllah ,banyak pekara yg kita tak paham akan muncul didepan mata.