UMNO Hilang Punca. Strategi Makan Diri

 















ABDULLAH MAT ISA

Desas desus kuat dikalangan pemimpin BN keputusan membubarkan adalah kesilapan terbesar UMNO Johor. Menjadikan PRN Melaka sebagai sandaran dengan strategi menakutkan rakyat dengan covid19 semacam tak menjadi. Pengalaman PRN Melaka membuatkan rakyat sedar bahawa UMNO dan BN tidak ikhlas dalam pentadbiran.

PRN Melaka adalah perancangan UMNO untuk menguasai negeri. Idris Harun adalah kambing hitam dalam cerita ini. Berpakat dengan 3 lagi ADUN dengan menggambarkan bahawa mereka akan kekal sebagai exco dan mempunyai kuasa besar dalam menentukan kerajaan seolah-olah berjaya. Mereka tanpa usul periksa dengan idea sama semasa melompat dari PH ke PN sebelum itu membuatkan 3 ADUN bersetuju untuk menggegarkan UMNO kali kedua. Mereka langsung tak menyedari bahawa UMNO telah melorongkan mereka ke lembah hina. Akhirnya hilang semua.

Begitulah politik tua yang dimainkan oleh UMNO. Kini mereka merancang strategi sama tapi jauh lebih keji. Berlakon dan mengaku ahli parti lawan mendesak supaya ahli parti konon-konon protes dengan keputusan parti. Mengacah dan cuba memporakperandakan melalui dalam. Namun idea lapuk macam ni tidak berkesan lagi. Bukan sahaja tidak memberi impak kepada parti lawan malahan menjadikan UMNO parti tua yang memalukan negara. Masih menggunakan taktik kotor dan tak matang dalam berpolitik.

Rakyat Johor sedar hakikat bahawa UMNO tidak lagi relevan untuk mentadbir negeri. UMNO perlu direhatkan sementara atau dikuarantikan supaya legasi busuk ini tidak membarah. Diputuskan rantaian penyamun dan penggila kuasa tanpa batas supaya boleh tumbuh tunas-tunas baru yang lebih beretika dan berintegriti. Berpolitik mestilah matang. Rakyat tidak boleh dibodohkan lagi. Mereka punya banyak akses untuk menilai sebelum membuat keputusan.

Pesanan ikhlas kepada semua agar lebih rasional. Jangan biarkan tangan-tangan kotor dan hitam ini menguasai permainan politik keji lagi. Sampai bila kita nak diperkotakkatikkan lagi. Pergunakan kuasa yang ada untuk memberi signal jelas kepada pemain-pemain politik supaya lebih menghormati rakyat. Rakyat mesti diutamakan bukan dipermainkan.

#TolakBNTolakPENYAMUN

 

No comments: