Najib akhirnya dedah kenapa Dr Mahathir tekan dan serang dirinya. Tu la Najib. lain kali bahagi sama rata..

 Najib akhirnya dedah kenapa Dr Mahathir tekan dan serang dirinya


Bekas perdana menteri, Najib Razak menjawab surat kedua Dr Mahathir Mohamad kepada pengundi Johor dengan mendakwa bahawa pengerusi parti Pejuang itu pernah beberapa kali menarik sokongan terhadapnya kerana tidak menjaga kroninya.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu sering memberi tekanan kepadanya untuk memberikan projek kepada kroninya ketika dia menjadi perdana menteri.

“Ada penyokong sebelah sana yang tidak percaya dan suruh saya beri bukti. Okay, maka saya ulangkan bukti bagi kali terakhir Mahathir tekan saya sebelum dia tarik sokongan dan mula berkomplot dan menyerang saya.

“Bagi menunjukkan dia marah, pada hari pertama Perhimpun Agung Umno (PAU) 2013, Dr Mahathir dengan mengejut mengumumkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas dengan alasan dia sudah terlalu tua.

“Pada 2 Disember 2013, Dr Mahathir lepaskan jawatan penasihat Petronas, tapi tak sampai tiga bulan kemudian, dia tiba-tiba dilantik sebagai pengerusi eksekutif Proton yang sudah diswastakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Catatan di Facebook itu sebagai menjawab surat kedua Dr Mahathir kepada pengundi Johor.

Dalam surat keduanya kepada pengundi Johor pada 20 Feb lalu, Dr Mahathir mengakui dia malu untuk “meratib” nama seteru politiknya Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara.

Namun, kata Dr Mahathir dia berbuat demikian bagi memastikan Najib tidak kembali berkuasa.

“Sebenarnya, saya amat malu meratib nama Najib, dia memalukan negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniaya termasuk oleh saya.

“Dia perlu disekat kerana jika dia kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptorat dan kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak,” kata Dr Mahathir dalam suratnya itu.

Dalam pada itu Najib berkata, komplot bagi menjatuhkannya bermula apabila anaknya Mukhriz kalah dalam pemilihan Umno pada Okt 2013.

Kata Najib, selain kekalahan Mukhriz, keengganannya memenuhi permintaan Dr Mahathir menimbulkan kemarahan ahli Parlimen Langkawi itu yang merancang menjatuhkannya bersama Muhyiddin Yassin pada 2014.

“Masa Dr Mahathir tarik sokongan, tak ada pun dia pernah sebut SRC atau 1MDB tetapi lebih kepada dasar-dasar saya seperti BR1M dan gaji minimum merugikan negara dan industri tempatan.

“Itu pun alasan, sebab saya tahu sebab utama ialah dia amat marah pada saya masa itu sebab dia tuduh saya tak sokong anak dia dalam pemilihan parti Umno serta menjatuhkan air muka menolak permintaan memberi geran percuma sebanyak RM1.7 bilion hingga RM3 bilion kepada Proton.

“Dan tahun 2014 inilah yang Muhyiddin melihat ada kesempatan dan mula berkomplot dengan Mahathir/Muhkriz untuk tumbangkan saya seperti didedahkan Mukhriz dalam mahkamah,” katanya lagi.

No comments: