APABILA TINDAKAN POPULIS MENGUNTUNGKAN KAUM DAN INDIVIDU


NORMAN RADZUAN



May be a cartoon

Mereka berkata, before election kamu merayu undilah kami tapi after election u punish us. Itulah kelemahan atau kebodohan cara pemimpin PH berpolitik. Macam tak faham2 pengundi Melayu ini mahu yg populis.

Begitulah juga saya berbicara rakan berbangsa Cina kenapa mereka akhir2 ini menolak DAP. Kata mereka pengundi Cina ini bijak menggunakan peti undi. Mereka tidak taksub dgn MCA, Gerakan mahupun DAP. Mereka hanya bertanya apa yg mereka dpt.

Tg Piai adalah bukti bangsa Cina menghukum PH apabila kata mereka LGE menyekat bajet utk UNITAR. Soal pendidikan bagi bangsa Cina adalah isu populis atau sensitiviti bangsa Cina yg sgt mementingkan pendidikan. Mereka hukum mana2 parti yg gagal membela nasih mereka.

Apa isu populis PH menang dulu? Yg akademik tentulah 1MDB dan GST. Tapi ramai yg tidak tahu ketika itu tak kira Melayu, Cina atau India mereka sgt marah dgn sikap isteri PM, Rosmah Mansur ketika itu yg dilihat boros berbelanja.

Ia seperti tidak akademik kerana Rosmah Mansur hanyalah isteri PM ketika itu. Tapi itulah pengundi di negara ini yg melihat ia isu populis apatah lagi kes 1MDB dikaitkan dgn perbelanjaan boros isteri PM itu.

Najib bijak kemunculan semulanya secara solo. Formula barunya berjaya walaupun dia sudah didapati bersalah oleh 2 mahkamah. Itulah fakta sikap pengundi2 Malaysia atau Melayu khasnya.

Kadang2 tak perlu terlalu akademik atau dgn data utk kita hadapi pilihanraya. Cukup mencari isu populis. Bagaimana hebat kita bermain dgn data tetapi tidak memahami kemahuan pengundi tidak berguna juga.

Selagi kau kenal bangsa kau yg masih suka menonton filem Sembilu, yg marahkan Dr sikat rambut belah tepi, yg menanti program Kilaun Emas jgn fokus sgt isu akademik. Layan je apa yg mereka mahu asal jgn kau jual agama ni.

Ibarat kau nak berniaga… ada duit, pelan pemasaran belanja ratusan ribu, staff kesemuanya graduan tiba2 kau nak buka perniagaan Pizza Hut di Telok Bakong Bota KananDescription: 😂

Begitulah pengundi… mereka ibarat pelanggan. Mereka mahu ikut selera mereka bukannya kita yakinkan Pizza ini makanan Itali yg diminati seluruh dunia… tak jalan beb. Kau buka perniagaan jual Ikan keli dgn sambal tempoyak tak perlu modal besar dan team pemasaran… habis dikerumun pelanggan. Bior le kedai macam nak roboh asal ikut selera depe.