Pemikiran politik sebegini sebenarnya songsang.



Pertama, ini kenyataan anti demokrasi. Kenyataan ini menunjukkan bahawa tiada demokrasi di negara ini. Parti pembangkang ditekan dan tidak mendapat layanan sama rata.
Kedua, kenyataan ini juga menafikan hak rakyat dalam pilihanraya. Rakyat mengundi parti, bukan individu. Sebab itu hanya logo parti atas kertas undi dan tiada gambar calon.
Dari segi demokrasi, negara kita sangat ketinggalan dan bengkak yang perlu diperbetulkan. Semangat demokrasi tidak didakap oleh rakyat termasuklah ahli politik sendiri.
Mereka yang lompat parti di pertengahan penggal sepatutnya bukan setakat hilang kerusi, bahkan hilang kelayakan menjadi calon seumur hidup. Kerana mereka menafikan hak rakyat.
Raja Gelap

No comments: