NAK ADIL MACAMANA SEKALI

 



Apa agaknya ketidak adilan yang berlaku dalam perbicaraan kes Najib ye? Sebab Najib dah diberi peluang bela diri. Dia diberi peluang jelaskan mana datang duit ke dalam akaunnya. Tapi dia jawab "tak tahu". Dah nak adili macamana lagi?

Ini bukan kes bukti yang fabricated. Bukti yang sah. Dan Najib sendiri pun bukan kena tahan sementara perbicaraan berlangsung dan dibelasah dalam tahanan. Tiada. Siap boleh pergi Singapura tengok anaknya beranak lagi. Mistreatment kat mana?
Inilah tujuan Najib buat-buat sibuk isu rakyat. Sebab dia nak ada si bodoh yang berkumpul mintak dia dibebaskan. Konon rakyat bersama dia. Tapi ada juga orang bangang yang termakan umpannya Najib cakna rakyat?
Masa dia jadi PM rakyat hidup menderita. Barang mahal, bukan dia usaha turunkan. Malah dia tunjuk skil tawar harga. Kemudian minta orang puji harga kangkung turun. Org bising GST pun dia buat derk. Lagi teruk, janji manifesto turunkan harga kereta tapi habuk pun tarak. Lepas tu bila syarikat kereta buat promosi potongan harga, dengan muka tak malu dia mengaku tepati manifesto. Mana dia kisah derita rakyat. Apa lagi tepati janji. Tapi sebab sekarang ni dia tak ada kuasa, barulah dia tunjuk sibukkan hal rakyat. Sebab dah terdesak.
Najib dah dibicarakan secara adil. Dia dah diberi peluang bela diri. Bukan seperti DS Anwar disiksa oleh Mahathir dulu. Sekarang ni dah sabit tuduhan pun boleh bebas ke sana ke mari. Tak adil yang mana? Penyokong Najib cuba celik sikit mata tu.