KISAH KAYANGAN YANG DI DAKWA. KENYATAAN MEDIA




 Semalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat kenyataan "tidak dapat membuktikan" Tan Sri Azam Baki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(4) SICDA. Seksyen ini memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.

Saya ingin merujuk satu kes rakyat biasa yang telah dikompaun sebanyak RM25,000 oleh SC atas kesalahan di bawah seksyen yang sama. Kes ini melibatkan penama Surinder Kaur Jessy pada tahun 2007 yang membenarkan Kanesan Vellupillai berdagang menggunakan akaun CDS beliau.
Ajaib bila SC tidak dapat membuktikan kesalahan Azam Baki sementelahan beliau sendiri sudah terang-terangan mengaku adiknya menggunakan akaun CDS miliknya.
Apa yang berbeza di antara kes Azam Baki dan Surinder Kaur Jessy? Yang berbeza adalah salah seorang daripada mereka merupakan seorang VVIP pegawai tertinggi kerajaan.
Persepsi awam melihat kerajaan melindungi Azam Baki kerana takut fail masing-masing didedahkan SPRM. Bak kata pepatah, "you scratch my back, I'll scratch yours."
Sekarang kita cuma menantikan kenyataan daripada SPA/JPA memandangkan Azam Baki merupakan seorang pejawat awam. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, perenggan 23 menyebut, seorang pegawai boleh membeli saham tertakluk kepada syarat tidak melebihi 5% atau RM100,000 pada nilai semasa.
Apabila SC tidak dapat membuktikan kesalahan Azam Baki di bawah Seksyen 25(4) SICDA, bermakna beliau telah membeli saham di atas namanya sendiri. Bermaksud, jika tidak terjerat di SC, sepatutnya Azam Baki terjerat di SPA/JPA.
Nilai semasa saham semasa beliau membelinya adalah berjumlah RM330,000 seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Undang-Undang. RM330,000 tentunya lebih besar daripada RM100,000!
Kes ini jika terjadi kepada rakyat biasa, ianya "straight to the point", atau "caught red handed". Namun, memandangkan ianya terjadi di kalangan VVIP kayangan, rakyat tidak menaruh harapan tinggi bahawa kes ini boleh mendapat pengakhiran yang selayaknya.
ZAHIR HASSAN
Pengerusi
KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN


No comments: