Himpunan #TangkapAzamBaki di KL?

#TangkapAzamBaki




Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menerima tekanan daripada pelbagai pihak supaya melepaskan jawatannya susulan isu pemilikan saham yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

PETALING JAYA: Satu perhimpunan dilaporkan akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki meletak jawatan.

Bagaimanapun, tidak jelas siapa penganjur perhimpunan itu yang dikatakan akan berlangsung pada 22 Jan ini.

Satu poster dengan imej Azam yang tertera perkataan “Tangkap Azam Baki” tular di media sosial dengan #TangkapAzamBaki kini “trending”.

Poster itu turut menyertakan gesaan “Rombak SPRM”.

Pemuda PKR Perak, seorang wakil MUDA Damansara dan aktivis pelajar Adam Adli antara yang berkongsi poster itu di media sosial.

Pada Isnin, sekumpulan ahli Pemuda PKR mengadakan konvoi protes di Putrajaya untuk menggesa Azam berundur.

Beberapa pemimpin belia dipanggil oleh polis berikutan kejadian itu. Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik, yang berada di lokasi untuk menyaksikan penyerahan memorandum kepada SPRM, turut dipanggil polis pagi ini.

No comments: