AZAM BAKI : SIFAT TIDAK AMANAH YANG BERLAKU PADA RAMAI PENJAWAT AWAM DAN ASATIZAH..


 


Hari ini ramai yang tetrumpu kepada salah laku dari Pemilikan Saham Azam Baki, Sebenarnya apa yang berlaku kepada Azam Baki berlaku pada ramai penjawat Awam hatta Asatizah, tanpa mereka mereka sedang melakukan Salah Laku dan sifat tidak Amanah..

Mungkin apa yang aku tulis ini menyentuh ramai dari Penjawat Awam dan ramai yang marah..tapi itulah hakikat dan relality yang aku hadapi sendiri.. Ia berlaku hatta dalam Jabatan Agama, Para Asatizah tanpe mereka sedar ia adalah bunga kepada rasuah..

Ramai dari Kalangan Penjawat Awam tahu atau tidak sedar akan larangan mengambil Kepentingan dalam Transaksi, Punya pemilikan luar dari Kemampuan.. Mereka tahu mereka dilarang berdastar dengan SSM, Selalunya ianya didaftarkan atas Nama isteri dan Saudara Mara..

Aku pernah berhadapan dengan Pegawai Felcra Pejabat Tanah yang punya Kemewahan, Tanah yang sepatutnya diagihkan kepada yang memerlukan.. Ada Penama yang Meninggal Dunia sebelum mendapat Geran, Mereka pecah pecahkan lot..Akhirnya diagihkan sebahagian Lot Tanah kepada Saudara dan Adik beradik sendiri.. Pada mereka ianya tak salah menolong Saudara, Sedangkan ramai yang lebih berhak..

Ada Pegawai Agama, di Jabatan Agama Islam.. Mereka ini banyak Menganjurkan Seminar, Menguruskan Kursus. Majlisnya baik sambut Maal Hijrah, maulidul rasul, Nuzul Quran hatta Kursus Imam dan guru taa'mir Dan akhirnya mereka mengangihkan tugas, ada yang jadi MC, Buat event,Katering kepada mereka sendiri/ Hatta urusan jamuan Moreh.. Ini yang paling banyak dilakukan.. Malah dah menjadi Kebiasaan ahli masjid dan Pejabat Agama..

Sampaikan ada satu masjid di Ipoh bertaraf Masjid Negeri entah berapa kali Renovate, Buat jalan Tar semata mata Sambut Nuzul Quran dengan Kos yang tidak munasabah.. tetapi tidak membawa Manfaat kepada Jamaah.. Ustaz Ustaz ni yang berbangga dengan Motor berkuasa Tinggi seperti pembantu seorang Pendakwah dan Selebriti Derma dengan Motor Ducati, tanpa rasa bersalah mereka kata ,Janji Allah sayang..depa merasakan itulah jalan ke Syurga dengan Membuat kerja Agama..

Ada Ustaz Mahaad tahfiz, Yang diperuntukkan Oleh Majlis Agama, JKR untuk buat Bagunan dengan nilai RM 100 ribu, Tapi datang Ustaz minta buat dengan Nilai RM 60 Ribu.. Katanya tahfiz Perlukan 20 Unit Komputer.. mereka memerlukan Cash 25 ribu..Mereka mencari cari Kontraktor yang boleh laksanakan Apa yang depa Perlukan..

Ada Cikgu, Buat Projek Kecil.. Majlis Kecil, Perbekalan Minta Sebut harga dari ramai Kontraktor, Akirnya dari sebut harga, Inovoice, Quotation itu mereka mencari cari rakan, Saudara membekalkan sendiri Keperluan Sekolah.. Lebih teruk ada yang berniaga Sendiri.. Lainlah memang orang yang dicari itu memang ahli dalam bidangnya.. Bukan Ali Baba..

Ada ketua Jabatan yang membuat Pembelian, Perbekalan menggantikan Kereta rasmi Kerajaan semata mata mahu membeli kereta mewah pada harga yang murah.. Ini sendiri dilakukan oleh Exco/ Pemimpin atas Nama Islam..

Ada Pegawai Polis Daerah, Menolong dan memudah cara permintaan seorang tauke, Tanpa rasa Bersalah menerima gantian tayar, Motor kononnya atas Nama Hadiah.. Lebih teruk ada yang hadir diraikan dengan Pesta di kelab malam tanpa rasa bersalah.. Semua ini reality berlaku di sekeliling kita..

Ini sebahagian Contoh yang Berlaku kepada penjawat awam...Banyak berlaku disekeliling kita.. ramai Penjawat Awam sendiri tidak merasa cukup dan bersyukur dengan gaji yang sedia ada.. Ada ketika mereka anggap itu sebagai Rezeki dan Hadiah..Sedangkan itulah gambaran sifat tidak Amanah..

Samada ada kamu Imam, Ustaz, DO Pejabat tanah, Guru Besar Sekolah tanpa sedar, Bila kamu berurus Niaga dalam kalangan kamu sendiri, Kamu telah mengambil Hak orang lain... Ada Peniaga, Kontraktor, Katering yang sepatutnya memperolehi rezeki dari apa yang sedikit Komisen dan hadiah yang kamu Perolehi..

Itu sebabnya dalam Membahaskan soal risywah(Suap/rasuah) , Suht harta haram.. Sheikh Ibn Utsaimin Rahimahulloh mendefinisikan..

إن الرشوة تكون في الحكم فيقضى من أجلها لمن لا يستحق، أو يمنع من يستحق أو يقدم من غيره أحق بالتقديم..

“Sesungguhnya risywah(Rsuah) keberadaannya dalam satu /Ketetapan/Keputusan hukum yang diputuskan kepada orang yang tidak berhak atau mencegah/Terhalang orang yang berhak, atau mengedepankan/Menutamakan orang yang tidak berhak berbanding pada yang hak..”.

Dari isu tertubuhnya Kerajaan Khianat dari Kerajaan yang hak, Isu Balak melibatkan Pejabat tanah dan Hutan.. Isu SPRM bertapa rosak dan Bobroknya sistem dalam Negara kita biarpun atas nama Islam..

Bayangkan, Bila seorang Keua Pengarah Penguatkuasa dalam Hal rasuah tidak merasakan Salah memiliki, Saham yang jelas Peraturan dan larangan itu berlaku.. Apalagi penjawat awam yang lain.. Ramai Penjawat Awam mengambil manfaat dari urusniaga jabatan dan Agensi mereka sendiri.. Jika ingin mendapat manfaat, Berniaga..Berhentilah sebagai Penjawat awam walaupun kamu seorang Mufti.. Description: 🙂

Ipohmali