KITA TINDAS MARHAEN



Bila orang miskin ditangkap mencuri, kita pukul dia, kita dera dia, kita rakam video dan viralkan. Tapi kita tak tanya, apa yang buat dia mencuri. Berapa susah hidup dia.

Dan kita juga tak tanya diri kita, apa kita dah bantu masyarakat sebelum mereka mencuri. Terutama tempat yang selalu dapat derma seperti masjid. Adakah duit derma hanya boleh digunakan untuk bersarkan masjid, beli aircon? Tak bolehkah diguna untuk membantu mereka yang kesusahan?

Aku tak sokong pencuri. Salah tetap salah. Kalau barang aku yang dicuri pun aku marah. Tapi bukan sampai tahap mendera. Malah ada yang sampai tahap membunuh!

Apa yang lebih malang, bila orang kaya mencuri, kita diam. Malah ada yang diraikan. Ada yang puja. Ada yang panggil bossku, hero, pejuang. Kita seru manusia supaya bersangka baik. Paling habis pun kita membenci cuma dengan gelengkan kepala.

Sedangkan mereka inilah yang mesti 'dibelasah'. Sebab mereka dah kaya. Dah banyak duit. Bergaji besar. Kenapa nak mencuri lagi? Kenapa masih nak rasuah? Nak seleweng?

Sekali lagi, aku tak sokong pencuri. Miskin atau kaya, mencuri itu salah. Cuma layanan perlu adil. Kalau benci si miskin mencuri, bencikanlah juga si pencuri yang kaya.

Raja Gelap

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?