ANAK MUDA YANG GIGIH WALAU PUN SAK

 


Saya berasa gembira dapat meluangkan masa bersama seorang anak muda Malaysia yang

hebat

.

Saya mula mengenali Goh Jin Wei ketika dia menang pingat emas Youth Olympic 2018 pada umur muda 18 tahun. 

Ada yang menggelarkan Jin Wei sebagai Lee Chong Wei versi wanita.

Jin Wei benar-benar berusaha gigih. Bila dia dalam training mode, dia akan tutup handphone kadang kala seminggu demi untuk memberi fokus 101%. Description: 💪🏼

Ada beberapa kali semasa di KBS, saya bisik kepada pegawai sukan bahawa saya bimbang tengok keadaan Jin Wei, saya takut anak muda ini sudah terlampau stress.

Walaupun mempunyai masalah kesihatan yang serius dan akhirnya memerlukan pembedahan, Jin Wei masih lagi cekal berlatih dan menunjukkan prestasi yang baik dalam pertandingan.

Inilah pengorbanan atlet kita.

Saya tidak terkejut bila Jin Wei mengumumkan persaraan sebab masalah kesihatannya memang serius.

Kini selepas berjumpa, saya berasa gembira Jin Wei beransur sihat, dan begitu ceria tak nampak stress. Jin Wei dah grad diploma dan sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Berita baik ialah, dia juga sudah berlatih badminton semula dan menyatakan hasrat untuk mewakili negara. Saya berharap BAM akan membuka ruang untuk Jin Wei kembali menyarung jersi Malaysia. 

吴小妹加油!Jin Wei, all the best! 

P/s: Jin Wei merupakan anak Bukit Mertajam. I'm so proud. 

Goh Jin Wei

 

No comments: