BIAR LAH LEBAI BRAHENG BAGI ALASAN

 

Dituduh pergi umrah tapi tak divaksin: Tuan Ibrahim akhirnya dedah hal yang sebenar



Dituduh pergi umrah tapi tak divaksin: Tuan Ibrahim akhirnya dedah hal yang sebenar


Selepas timbul pertikaian mengenai status vaksinnya, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi butiran vaksin Covid-19 yang diambilnya sebelum menunaikan umrah.

Dalam kenyataan di Facebook, Tuan Ibrahim berkata dia menerima vaksin dos pertama pada 24 Mac 2021 dan doa kedua iaitu vaksin Pfizer pada 14 April 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.

Bagi dos penggalak pula kata timbalan presiden PAS itu, ia diterima jenis vaksin yang sama pada 2 November lalu di Pejabat Kesihatan Titiwangsa.

Perkembangan ini hadir selepas nama anggota Parlimen Kubang Kerian itu turut terheret dalam kontroversi melibatkan pendakwah bebas Abu Syafiq.

Abu Syafiq sebelum ini dikritik warganet selepas membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dia membawa jemaah yang tidak lengkap divaksinasi menunaikan umrah.

Dia kemudian tampil menjelaskan bahawa vaksin yang dimaksudkannya adalah vaksin Meningococcal Meningitis atau MM dan bukannya vaksin Covid-19.

Jelas Abu Syafiq, kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM.

Abu Syafiq kemudian membidas menteri agama Idris Ahmad yang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, selain dia, terdapat juga individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah itu namun tidak mendapatkan vaksin MM, termasuk Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim dalam kenyataan hari ini tidak menyentuh mengenai vaksin MM.