PASCA PRN MELAKA - CABANG PAYA BESAR BERDIRI TEGUH BERSAMA PRESIDEN


May be an image of 1 person



Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera dan sukarelawan terutamanya dari Pahang yang telah berkampung di Melaka sejurus hari penamaan calon sehingga ke hari pengundian pada Sabtu kelmarin. Syabas juga kepada semua calon yang bertanding kerana berani memikul amanah dan tanggungjawab berat bagi mewakili Keadilan sebagai calon Pakatan Harapan di dalam PRN Melaka.
Di dalam situasi Pandemik Covid19 dengan SOP kempen yang terlalu ketat sehingga kadangkala dilihat tidak masuk akal dan berat sebelah, kami berlapang dada menerima keputusan yang telah diumumkan.
Kami yakin parti akan mengadakan post mortem bagi mengenalpasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kekalahan semua calon dari Keadilan.
Kami yakin, setiap pandangan mahu pun teguran dari mana-mana pihak samada sebelum atau selepas PRN telah dan akan diberi perhatian oleh pucuk pimpinan parti dan Majlis Presiden PH.
Kami percaya, semua pimpinan parti dalam PH samada di peringkat negeri Melaka mahu pun pusat akan sama-sama memikul tanggungjawab bagi mengenalpasti segala kelemahan yang wujud serta berusaha untuk memperbaikinya.
Keadilan Cabang Paya Besar tetap menaruh kepercayaan kepada Presiden, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk terus menerajui parti keramat ini dan terus bersemangat menerajui kepimpinan Pakatan Harapan.
Kami berjanji akan terus memberikan sokongan padu kepada Presiden dan membantu beliau dengan sedaya upayanya sehingga berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
22 November 2021
WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD
Ketua Cabang
Keadilan Paya Besar

No comments: