TAK RETI CARI SUMBER..KERAJAAN PUSAT PULAK DIA NAK PUTAQ

 

Pampasan RM100 juta setahun paling munasabah, Sanusi beritahu Putrajaya




Sebelum ini, Muhammad Sanusi Md Nor menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai ‘bayaran pajakan’ tanah di Pulau Pinang.

PETALING JAYA: Nilai pampasan RM100 juta setahun untuk Kedah adalah paling munasabah susulan pengumuman Putrajaya yang bersetuju memberi pampasan kepada negeri itu yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air, kata Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu turut berharap Putrajaya akan memberikan pampasan itu dalam bentuk pampasan fiskal, bukan berbentuk kos projek penanaman pokok atau sebagainya.Katanya, nilai pampasan itu mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan, kos untuk penyelenggaraan sumber dan aliran bagi memastikan hutan serta kelestarian alam semula jadi.

“Kerajaan negeri Kedah mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang menzahirkan persetujuan kerajaan Persekutuan untuk memberikan pampasan kepada negeri-negeri yang mengekalkan kawasan hutan simpan sebagai kawasan tadahan.

“Kawasan tadahan di Kedah, khususnya Hutan Simpan Hulu Muda seluas 163,000ha turut membekalkan air kepada Pulau Pinang dengan Pulau Pinang mengabstrak 1,100 juta liter air sehari dari Sungai Muda (sumber air dari Hutan Simpan Hulu Muda) berbanding rakyat Kedah sendiri yang menggunakan 800 juta liter air sehari dari Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata Putrajaya bersetuju memberi pampasan kepada negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan air dan melindungi daripada sebarang kegiatan pembalakan haram.

Katanya, kerajaan melalui kementerian berkaitan akan mengkaji formula yang sesuai bagi menetapkan jumlah pampasan tersebut.

Bulan lalu, Sanusi menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” tanah di Pulau Pinang.

Beliau menegaskan bayaran RM10 juta oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang sebagai pajakan tanah di pulau dan Seberang Perai di negeri itu ketika ini harus dikaji semula.

Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.

No comments: