Baru saya faham kronologi cerita, sekarang baru make sense kenapa hari tu media pro-umno leakkan surat Idris Haron kata sudah ada sokongan majoriti.
Jadi surat tersebut adalah benar. Saya lepas PH gagal dapat balik kerajaan dan Mail Sabri naik jadi PM, saya kata PH tak payah nak duk kacau mana-mana negeri dah tunggu PRU15 sahaja sebab bagi pendapat peribadi saya memang sukar hendak menang.
Kalau saya tahu yang PH setuju untuk Idris Haron di calonkan jadi KM walaupun atas nama kembalikan mandat PRU14, saya 200% akan lawan tapi semua sudah terlambat.
Nak rampas balik Dun tanpa PRU ini kena yang berjiwa kental dan tak takut main kotor sebab benda ini high stake games. Ini bukan gentleman's game, ia adalah barbarian games.
Jadi bila Adly sendiri setuju dan bawa benda ini pada Majlis Presiden PH, maknanya sekali dengan Amanah dan DAP pun turut bersetuju. Padan Ipoh Mali kata DAP dengan mudah hendak cuci tangan konon-konon nak selamatkan undi Cina. Sekarang DAP sudah rasa tempias bila Anwar sorang yang kena heat, kurang undi Melayu punca DAP terlepas kerusi yang di sandang PRU14.
Jadi bila TYT bubar semua sudah terciduk tapi sebab Anwar sudah berjanji dan sebab Anwar ini amanah pada janji, nak tak nak kena tunai janji. Ini kelemahan Anwar , kalau UMNO atau Atok dia akan selamba aje langgar perjanjian. Sebab itu Musa Aman tak di calonkan kembali masa PRN Sabah walaupun ada jasa jatuhkan Warisan.
Tapi sebab janji juga Wan Azizah serah pada Mahathir, walaupun Mahathir merancang untuk jadi PM sampai habis penggal.
Tidak mengapa, orang beriman berpegang teguh pada janji walaupun janji itu pahit sekali.
Cumanya sebagai pemimpin, sebelum berjanji atau buat sesuatu, kena fikir apa impak yang jadi kalau rancangan tadi gagal. Macam main catur, kena advance 10 langkah, simulasi 20 scenario apa yang lawan akan buat. Bila jadi reaktif inilah akibat dia.
UMNO berjaya sebab mereka all out, halal haram itu semua tolak tepi, Atok pun sama sebab dia amalkan politik Machiavellian. Kalau PH nak buat benda yang sama, apa rasionalnya PH kata bawa reform?
Saya masih percaya yang PH boleh mendapat kepercayaan orang Melayu. Tak semua orang Melayu suka korupsi kalau tidak kita lagi teruk dari Zimbabwe. Tapi permulaan dia ialah pimpinan kena berterus-terang, jangan buat deal yang macam ini yang akhirnya memerangkap PH kembali.
BTW, analisa PRN Melaka 1/4 dari jumlah undi yang buat keputusan siapa yang jadi kerajaan, sedih tak sedih itu yang kita kena hadap. Nak jumlah pengundi tinggi, kena bagi pengundi yakin dulu yang undi mereka berharga dan bukan benda sia-sia.