Takkan lah ‘kerajaan katak’ nak siasat ‘katak politik’, sinis Shahrir

 


Takkan lah ‘kerajaan katak’ nak siasat ‘katak politik’, sinis Shahrir

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai “kerajaan katak” akan menyiasat “katak politik” di negara ini.

Shahrir dalam catatan di Facebook turut memuat naik tangkap layar laporan FMT mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang melompat parti.

Beliau berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said sudah menghantar dua surat walaupun surat pertama masih tidak dijawab oleh Peguam Negara Idrus Harun.

“Takkan kerajaan PN nak siasat katak politik! Dia kerajaan katak! Surat Azalina dah dua, yang pertama pun Peguam Negara tak terjawab.

“Menteri Undang-Undang (Takiyuddin Hassan) hanya minat pada ‘sains dan data’, bukan undang-undang. MACC (SPRM) yang nak siasat?” soal beliau.

Terdahulu, Hamid hari ini dilaporkan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan terhadap ahli politik yang terlibat dengan aktiviti lompat parti.

“Saya memerangi rasuah dalam polis, tetapi dalam politik saya lihat rasuah di mana-mana. Kenapa mereka tidak fikir tentang perkara ini?” 





No comments: