Apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negara, Hamid Bador mengenai amalan melompat parti dengan perbuatan rasuah dalam kerajaan seperti videonya yang disertakan di sini, adalah jelas ditujukan kepada dua pihak.
Pertama, kepada kerajaan PN sekarang yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin di mana sebagaimana kita tahu dan nampak ia berlaku, amalan lompat katak itu begitu berleluasa sekali.
Mahiaddin tidak boleh lari daripada bertanggungjawab untuk menjelaskan apa yang disebut oleh Hamid Bador itu kerana sejak kerajaan PN terbentuk, amalan lompat katak didapati amat ketara sekali.
Dengan begitu banyak katak di dalamnya, menafikan ia ada kaitan dengan rasuah ternampak begitu sukar untuk dipercayai.
Takkan lompat free begitu saja?
Maka, siasatan harus dilakukan oleh SPRM terhadap Mahiaddin dan beberapa menteri kanannya yang diperkatakan ramai ada kaitan dengan perkara itu, antaranya dikatakan ialah Hamzah Zainuddin dan juga Azmin Ali.
Untuk itu, selain Mahiaddin, SPRM juga mesti semua dua menteri yang terbabit itu.
Lagi pun, jika didengar betul-betul video Hamid itu, ia seperti ditujukan kepada salah seorang daripada mereka.
Kedua, apabila Hamid Bador memperkatakan amalan katak lompat dalam kerajaan, secara tidak langsung beliau juga menujukan perbuatan itu kepada Tun Mahathir Mohamad yang memegang jawatan Perdana Menteri di era PH sebelum ini.
Tentu kita sedar, Geng Hamzah Zainuddin adalah yang mula-mula sekali melompat katak daripada UMNO ke Bersatu, hanya beberapa bulan setelah Tun Mahathir menjari Perdana Menteri.
Melompatnya Geng Hamzah itu difahami selain untuk memperkuatkan Bersatu, juga bertujuan menghalang penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Jadi, kepada SPRM, jangan lupa siasat sekali Tun Mahathir dan orang-orang rapatnya ketika itu yang boleh menyebabkan Geng Hamzah melompat parti menyertai kerajaan.
Takkan Geng Hamzah lompat free begitu saja?
Tanpa ia bermula ketika era Tun Mahathir sebelumnya, lompat katak tidak akan bermaharajalela seperti dalam PN sekarang ini.
(ShahbudinHusin 30/04/2021)