NAK SIASAT KENAPA? DAH JABATAN AGAMA ISLAM , MAJLIS AGAMA ISLAM SENDIRI TERLALU PENUH DENGAN PROSEDUR, NAK DAPAT BANTUAN BERBULAN BULAN..ORANG NAK MAKAN LA WEIIII

 


3 ibu tunggal mohon bantuan gereja disiasat


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

KUALA LUMPUR: “Kalau saya tahu, saya akan bantu” demikian reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja selepas permohonan mereka ditolak pusat zakat atau agensi berkaitan.

Zulkfili menegaskan beliau akan membantu individu berkenaan sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Lailatul Qadar dan Ramah Mesra Bersama Pengetua Tahfiz & Pondok Wilayah Persekutuan di Maahad Tahfiz Al Faridiyah di Taman Sri Rampai di sini hari ini.

Isu itu dibangkitkan berikutan laporan sebuah portal berita mengenai tiga ibu tunggal yang terpaksa memohon bantuan gereja sejak beberapa tahun lalu selepas institusi zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Menyentuh soal Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah beliau berkata SOP itu telah dilengkapkan bagaimanapun Arab Saudi masih belum membuat keputusan sama ada ibadah haji dan umrah dibenarkan pada musim ini.

“Kita doalah banyak-banyak kepada Allah agar wabak ini (Covid-19) pergi,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail.

Majlis berkenaan menyaksikan 41 maahad tahfiz dan pondok berdaftar dengan JAWI menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.

Program Semarak Lailatul Qadar Wilayah Persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan merancakkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan aktiviti dan pengisian kerohanian melibatkan 89 masjid di Wilayah Persekutuan.

No comments: