WAKIL RAKYAT DAP SEDIA DISIASAT

 

November 9, 2020 Wakil rakyat DAP rela disiasat jika langgar SOP PKPB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman bersedia untuk disiasat pihak berkuasa sekiranya melanggar sebarang prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemimpin Wanita DAP yang dikenali sebagai Rara itu dalam masa sama memohon maaf susulan kecaman warganet yang menuduhnya ingkar SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau malam ini.

Terdahulu, Rara memuat naik foto di Instagram memperlihatkan dirinya dan empat individu lain berkelah di pantai dekat Avani Sepang Goldcoast Resort di Sungai Pelek, Selangor.

Gambar itu dikatakan diambil semalam tetapi dimuat naik di Instagram pada hari ini. Bagaimanapun, hantaran gambar tersebut telah dipadam.

Ekoran itu, warganet mengkritik tindakan Rara Ekoran itu, warganet mengkritik tindakan Rara termasuk menyebarkan kembali tangkap layar ciapannya pada 22 Ogos lalu sebagai maklum balas terhadap permohonan maaf Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali kerana melanggar SOP kuarantin.


No comments: