APA ITU JASA?
Apa itu JASA?
Ramai yang tanya, apa itu JASA. Ramai juga yang tak pernah dengar dan tak tahu kewujudan jabatan ini. Aku nak tulis, panjang. Jadi aku share apa yang ada dari Wiki.
JASA (JHEK) di zaman Mahathir digunakan untuk menenggelamkan populariti DS Anwar kerana ketika itu laungan Reformasi benar-benar merasuk majoriti rakyat bandar.
Rakyat disuapkan dengan banyak cerita kejayaan negara dan kaitkannya dengan Mahathir sehingga kononnya tiada orang lain langsung yang berjasa selain dari Mahathir.
Jika anda merasakan Mahathir wira negara, maka anda adalah salah seorang mangsa JASA, di mana otak dan fikiran anda telah di’doktrin’ untuk tidak melihat selain Mahathir.
Di zaman Abdullah, JASA banyak menganjurkan program penerangan dasar kerajaan seperti dasar Islam Hadhari yang dipopularkan olehnya.
Kemudian ketika Najib mememerintah, selepas meletusnya isu 1MDB, Najib berhadapan dengan krisis reputasi yang amat teruk sehingga turut menjejaskan UMNO.
Dan di waktu itu, JASA mula menjadi sebahagian daripada sayap UMNO/BN, menjalankan agenda propaganda bagi menaikkan imej PM dan pemerintah. Ini termasuklah mengupah cyber trooper.
Menyedari salah guna JASA inilah maka PH hapuskan JASA sebaik mendapat mandat rakyat dalam PRU-14. Ini kerana PH berpendapat bajet untuk JASA lebih berbaloi digunakan untuk kebaikan rakyat.
Apabila Muhyiddin dan Azmin membuat rampasan kuasa, pada permulaannya, hasil perbelanjaan boros tanpa kawalan, Muhyiddin berjaya menambat hati rakyat yang bebal.
Sayangnya, masih ramai rakyat yang cerdik. Dan dek kerana itu, ditambah lagi Muhyiddin dan Azmin sendiri bebal, berserta dengan perangai beberapa ekor Menteri yang bodoh sombong, dan hakikat yang kantung negara semakin kontang, Muhyiddin tahu popularitinya semakin merudum.
Maka kerana itu dalam Belanjawan 2021, Muhyiddin cuba menghidupkan semula JASA yang akan disalah gunakan sebagaimana Najib lakukan dahulu bagi memperbaiki imejnya.
Dengan peruntukan sebesar RM 85.5 juta, aku jangkakan selain serangan besar-besar di Socmed, pastinya akan banyak program dirangka untuk ‘brainwash’ minda penjawat awam dan pelajar.
Mungkin nanti akan ada banyak kursus yang memupuk kebencian kaum seperti BTN dahulu akan dilaksanakan. Dan ia juga akan dilakukan dalam skala yang besar.
Sebab itu aku berharap Belanjawan ini ditolak supaya upacara pembodohan rakyat, yang menjadi amalan pemerintah semenjak zaman Mahathir ke zaman Najib ini, digagalkan.