PARLIMEN SEMALAM KITA KUASAI: Anwar Ibrahim: Bajet Ini Adalah "Misleading Budget", Nampaknya Macam "Fi...



Di Parlimen semalam sewaktu Anwar bahas bajet dan sehingga tamat persidangan, jelas kita menguasai dewan.

Anwar berucap cara beliau, bermula dengan tenang, tegas dan membawa beberapa fakta dan angka, sesekali tajam. Di pihak sana, hanya seorang yang mencelah Iaitu Ahmad Maslan. Stail Anwar sejak dulu, kalau sesiapa mencelah untuk menghentam beliau atau PH, nadanya akan berubah dan biasanya yang mencelah itu akan kena balik batang hidungnya. Sebab itu, jarang orang mahu mencelah ketika beliau berucap walaupun Anwar selalunya akan memberikan laluan kepada sesiapa untuk mencelah.

Khalid Samad, memang stail dia begitu semenjak dari Pas lagi. Keras dan lantang. Bangun saja berucap, MP Shah Alam ini terus masuk gear lima.

Abang Mat Sabu, mood dia tidak menentu. Ada ketikanya keras dan lantang sesekali melucukan. Tapi semalam, dia bangun mencelah sewaktu Anwar berucap dengan satu sindiran yang tajam tetapi lucu terhadap kerajaan dalam isu peruntukan kepada JASA.

Saifudin Nasution, dikenali tidak bercakap lantang tetapi perkataannya amat tersusun dan menarik serta mudah difahami. Soalannya kepada Anwar ketika mencelah adalah untuk melengkapkan atau menjelaskan lagi apa yang Anwar ingin sampaikan.

Begitu juga dengan beberapa MP dari PH yang lain yang kebanyakan tenang tetapi padat dan berisi. Ternyata masing-masing begitu serius kali ini di dalam Bajet yang dibentangkan kerana terlalu banyak koyak rabaknya.

Itulah kehebatan pimpinan kita di dalam PH. Kita ada lengkap kebolehan masing-masing yang saling bantu membantu. Ini lah di antara bayangan kita iaitu pimpinan yang bakal mentadbir negara ini sekiranya kita perolehi kembali mandat yang dirompak itu.

WFAUZDIN NS




No comments: