*Tan Sri Mohd Sheriff menyokong kenyataan Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, mantan TKP/KKM, mengenai PKPB*

 

Saya bersetuju dgn pandangan Prof Datuk Dr Lokman mantan TKP/KKM dan lain lain pakar kesihatan yg menyatakan Malaysia terlalu ghairah mengenakan sekatan MCO dirata rata tempat walaupun kes kes penjakitan yang mendadak tertempu kpd kawasan “outlier” sahaja saperti Sabah dan Labuan. Tindakkan MKN dan KKM saperti ini amat menyusahkan kehidupan rakyat lebih lebih lagi dgn penutupan sekolah terlalu lama. Saperti kata banyak pakar, amat mustahil untuk memghapuskan virus Covid19 sama sekali. Olih itu, jangan lah terlalu ketat dgn MCO kerana lagi lama ekonomi terjejas dan lagi lama kanak kanak tidak bersekolah, lebih parah kesan nya atas masa depan rakyat. Yang akan merana ialah gulungan miskin yang bergantung kpd perniagaan harian di gerai dan tepi jalan. Juga pekerja swasta pun semakin susah hidup mereka.

Walaupun ada bantuan kerajaan, setakat mana kewangan negara bolih tahan membelanja begitu banyak menolong rakyat. Apabila kewangan kerajaan jadi merosot, seluruh ekonomi akan runtuh, menjadikan Malaysia “a failed state”. Kejadian ini amat merbahya kpd keselamatan dan ketenteraman negara dan sosial.

Banyak pakar di Malaysia dan negara luar menyatakan setiap sekatan yang hendak dilaksana perlu lah berpandu kpd “evidence based public health intervention” supaya meyakinkan rakyat bahawa sesuatu perintah sekatan yg ketat betul betul perlu dikenakan bagi kawasan itu.

Institusi antarabangsa iaitu UNICEF, WHO, UNESCO telah menegeluarkan garis panduan tentang pengawalan sekolah perpandu kpd “Transmission level at district/sub district level”. Jika Malaysia mengguna garis panduan yg terperinci ini, tidak lah perlu menutup semua sekolah begitu lama. MKN perlu mengguna data yg terperinci mengikut “Infectivity Rate” diperingkat daerah untuk membuat kawalan MCO yg scientific dan professional.

*Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim*

 

No comments: