IBRAHIM MAT ISA
Hudud bagi parti Pas yang memerintah Kelantan umpama bulu ayam
tercabut. Tiada lagi terikat di kulit ayam dan mudah di tiup angin, disepak
terajang oleh ayam-ayam sendiri. Cantik ketika berada di tubuh ayam, tapi saat
tercabut bergelumang debu dan taik ayam.
Sudah dua lebih dekad diluluskan tapi hasilnya zero. Memanda
menteri yang zuhud berkayuh basikal untuk solat jemaah sudah bertahun janji
bakal letak jawatan jika tidak laksanakan hudud!
Tapi hasilnya apa? Beliau bertambah megah dengan kenderaan lebih
mewah dari mantan terdahulu! Iyaa... Itulah nilaian zuhud bagi sang penguasa
yang cuma berbekal ketayap di kepala.
Namun, apa sahaja yang berkait soal dunia, soal wang dan gaji,
sebegitu pantas mereka luluskan tanpa siapa pun berani mengusik usul buat
perbincangan atau olahan terutama ketika musim meleset akibat Covid19.
Betullah kata orang, jika duit dan burit, siapa pun tidak bakal
menolak jika dihulur.
Ahh siyal!
Lihat sendiri bagaimana sudahnya DUN mereka. Bukan tujuan
menghina dewan yang mulia, tapi sekadar membekalkan suntikan kesedaran kepada
kita bahawa jika ada kepimpinan yang naik hanya bertujuan politik, begitulah
selalunya berlaku.
Mereka boleh menyamar menjadi alim, tapi nun jauh di sudut hati,
soal dunia dan kantung sendiri paling diutamakan. Memang mereka tidak maling,
tapi mereka menggunakan kedudukan dan pemujukan jiwa buat rakyat merestui
perbuatan maling mereka.
Jadi apa beza pembesar dengan maling?
Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa di hujung akhir zaman akan
datang pemimpin di kalangan kita berresam mereka dengan resam PENYAMUN!
Sekadar ingatan buat kita di fajar yang dingin ini. Sekian....
Salam sayang
Abg Baim