*KENYATAAN MEDIA* *Isnin | 9 November 2020* *KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021*

 

*KENYATAAN MEDIA*

*Isnin | 9 November 2020*

*KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021*

Wanita Keadilan Sabah mengambil maklum akan Belanjawan 2021 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan.

Walau bagaimanapun Wanita KEADILAN Sabah terkilan apabila peruntukan untuk perubatan dipotong dalam belanjawan kali ini walaupun Belanjawan 2021 merupakan belanjawan tertinggi iaitu lebih 10.6% dari belanjawan 2020.

Umum mengetahui situasi Covid-19 di Sabah sangat meruncing sehingga pernah mencapai 1,199 kes baharu dalam tempoh sehari. Kes kematian tertinggi juga dicatat di Sabah dengan semua kematian memounyai sejarah penyakit kronik.

Selain mengekang penularan Covid-19, rawatan penyakit kronik dan kesihatan awam seperti paediatric (Kanak-Kanak), rawatan buah pinggang, farmasi, onkologi (kanser), cardiothoracic dan respiratory perlu diberi keutamaan dan serta memerlukan peruntukan yang lebih besar.

Di mana logiknya peruntukan untuk perubatan dan kesihatan dipotong ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19?

Ini jelas memperlihatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak serius dalam menyediakan belanjawan kerana gagal memahami keutamaan yang seharusnya diberikan dalam Belanjawan 2021 ketika negara berdepan dengan wabak pembunuh yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah menjatuhkan ekonomi dalam usaha memutuskan rantaian wabak.

Saya mengambil contoh peruntukan sebanyak Rm81juta kepada JASA yang merupakan unit propaganda kerajaan yang telah dimansuhkan dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Ini meruoakan satu pembaziran yang jelas. Sepatutnya peruntukan sebesar itu diserap samada ke belanjawan kesihatan mahupun pemulihan ekonomi rakyat.

Wanita Keadilan Sabah juga amat terkilan apabila sebanyak Rm100juta peruntukan untuk Sabah dipotong berbanding Nelanjawan 2020.

Dengan hasil bumi yang menjadi penyumbang utama kepada kantung negara, tidak sepatutnya Sabah dianak tirikan terutama dari segi pembangunan infrastruktur dan kesihatan.

Wanita KEADILAN Sabah berpandangan belanjawan yang dibentangkan tidak menepati keperluan pada masa kini ketika negara berdepan dengan Covid-19 dan kejatuhan ekonomi rakyat akibat pelaksanaan PKPB.

Kami juga berpandangan belanjawan yang hanya menguntungkan pihak tertentu ini harus ditolak.

*RUBIAH BINTI HAJI ONGA*

_Ketua Wanita Keadilan Sabah_

 

No comments: