Malaysia dan Kepimpinan (72)

 

ALI MANSOR

Covid 19 - Disebalik tembok batu dan jerigi besi

Perkembangan covid 19 amat membimbangkan walaupun dianggap terkawal. Ia dianggap terkawal kerana kebanyakan kes melibatkan tahanan penjara yg dijangkiti secara berskala besar. Mungkin jangkitan ini akan terus menular dan angka akan bertambah setiap hari. Pengumuman kjaan seperti merahsiakan sesuatu utk memaklumkan pelan tindakan bagi mengatasi wabak ini di penjara. Tiada juga kita mendengar suara, desakan dan pandangan mana2 NGO yg prihatin mengenai hak asasi manusia.

Banduan yg mendiami penjara khususnya di Kedah dan Sabah sedang menghadapi risiko besar. Apakah nyawa mereka lebih murah semata2 kerana mereka digelar banduan atau ada antaranya masih berstatus reman atau sedang dlm proses penghakiman. Kita juga bersimpati dgn nasib para petugas penjara yg sedang berada di dlm risiko jangkitan yg tinggi. Risiko ini juga sudah menular kepada ahli keluarga mereka.

Kerajaan seharusnya mengumumkan pelan tindakan untuk mengatasi wabak ini di penjara. Wabak ini bukan sebahagian dari hukuman yg mesti dihadapi oleh banduan apatah lagi kakitangan penjara. Menguruskan banduan yg positif Covid 19 juga bukan perkara mudah krn ia memerlukan kawalan ketat petugas keselamatan. Pengamalan mengurus banduan semasa krisis ini akan menjadi pengalaman menarik buat Malaysia untuk dicontohi negara2 lain.

Kita amat menantikan pengumuman KKM utk mengatasi pandemik ini di penjara. Apakah perlu sebuah hospital medan diwujudkan di penjara yg berkenaan utk mengatasi masalah ini? Kita juga sedang menantikan pengumuman kjaan terhadap bentuk bantuan kepada kakitangan penjara. Saya yakin mereka amat tertekan ketika ini dan bantuan sokongan psikologi amat diperlukan oleh mereka.

Amaran KP penjara sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan walaupun kesnya berbeza. Kita harus melahirkan rasa simpati kpd kakitangan penjara dan bukannya bersifat lepas tangan kononnya masalah di penjara merupakan kes terpencil dan tidak perlu dirisaukan. Mudah2an TS Muhyuddin dan barisan kabinetnya bertindak segera bagi membantu warga penjara yg sedang bergelut menghadapi pandemik ini. Kepada NGO khususnya badan hak asasi manusia inilah masanya mrk prihatin dan bertindak membantu pesakit2 Covid 19 yg sedang bergelut disebalik tembok batu dan gerigi besi...

bersambung...